Soalan Astora. Tentang  “ Kumpulan 14”.

Soalan pertama  : Betulkah Afendi cabar Hj Hadi dalam ceramah untuk berdebat dengannya? Bagaimana  reaksi Hj Hadi  bila dicabar? 

Jawapan  :     

Bukan Afendi yang mula mencabar Hj. Hadi, sebaliknya Hj. Hadi yang mencabar sesiapa sahaja, bila-bila masa dan dimana sahaja untuk bermuzakarah dengan beliau di dalam ceramah beliau di Universiti Mu’tah, Karak, Jordan pada 9.11.2002. Dalam Harakah dan Web Reformasi, mereka kata pada 10.11.2002. Itu tidak betul . Tarik sebenar pada Hari Sabtu 9.11.2002. Berkebetulan Afendi atau Nama Penuhnya : Ustaz Hj. Mohd Afandi Yusoff dari Jabatan Hal Ehwal Khas sedang bertugas di Mu’tah ketika itu.. Cabaran itu seolah-olah menyindir dan menjemput beliau untuk bermuzakarah. Selepas sahaja selesai majlis, ahli KUJ terus manyampaikan maklumat kepada Ustaz Afendi tentang cabaran Hj. Hadi dalam ceramahnya. Pada pukul 5.00 malam hari yang sama, satu panggilan daripada saudara Salman Zainal Abidin iaitu YDP Persatuan Mahasiswa Terengganu (PUTRA) kepada Ustaz Afandi Yusoff menjemput supaya datang ke Bait Shuhada’ dengan segera sebelum pukul 6.00 petang kerana MB Terengganu mahu berjumpa dan bermuzakarah. Pegawai JHEK telah buat keputusan untuk tidak datang ke rumah tersebut kerana ianya satu perangkap. 

Soalan dua :      Betulkah 14 orang pelajar kini kena tangkap dan bila mereka akan dibawa ke mahkamah? 

Jawapan kedua :

Kesemua jumlah penyerang seramai 15 orang, tetapi seorang daripada mereka tidak dikenali oleh mangsa ataupun saksi. Jumlah yang dilaporkan kepada polis seramai 14 orang. Yang dilihat dengan jelas  memukul mangsa  seramai 4 orang,  bagaimanapun yang lain turut sama memukul tetapi tidak dapat dipastikan siapa punya pukulan kerana tangan dan kaki yang mengena terlalu banyak. Empat daripada mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Al Mazar, Karak, Jordan pada 18.11.2002, dan diputuskan oleh hakim untuk menahan penyerang terbabit dalam lokap sehingga 27 .11.2002 untuk perbicaraan kali kedua. Tetapi malangnya pihak kedutaan memberi ikat jamin untuk membebaskan mereka. 

Soalan ketiga :             Betulkah mereka ( Kumpulan 14) sudah pasang peguam? Bagaimana dengan pihak Amir? 

Jawapan ketiga :

Belum lagi , cuma mangsa sudah pasang peguam, seorang peguam yang hebat dan terkenal bernama Atif  Hana Annawaisah dari Karak, Jordan. Mangsa akan memastikan kesemua “Kumpulan 14” yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah dan dihukum setimpal dengan perbuatan mereka. Pihak Amir tidak akan mengalah, beliau tetap akan perjuangkan haknya walau badan dikarat lapan belas. 

UNTUK MAKLUMAN SAUDARA, CUBA SAUDARA LIHAT LAPORAN DAN LAMPIRAN YANG KAMI BERIKAN. 

                                                                                          Lampiran

 

LAPORAN KHAS KELAB UMNO JORDAN ( KUJ )

 KEGANASAN  PELAJAR MALAYSIA PRO-PEMBANGKANG

DI  JORDAN

( PELAJAR PAS  “Kumpulan 14”  PUKUL AHLI KELAB UMNO) 

MUQADDIMAH

 

          Sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku telah pun berlaku,  anggapan Jordan sebagai suatu destinasi pendidikan yang aman dan damai, jauh dari pengaruh samseng dan pelampau adalah meleset.  Ini kerana sebelum ini telah berlaku beberapa insiden pukul memukul antara pelajar Malaysia yang berpunca daripada salah faham dan pertikaman lidah dalam membincangkan soal politik. 

          Sentimen politik sempit kepartian yang sudah menjalar hampir 12 tahun dikampus-kampus seluruh Jordan adalah sesuatu yang amat  merbahaya dan ekstrim. Merujuk kepada siaran Buletin Al Insaf bil satu dan dua yang dikeluarkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Jordan mendedahkan rahsia dan penglibatan pelajar-pelajar di sini dengan gerakan bawah tanah untuk menjatuhkan kerajaan. Dalam istilah gerakan mereka disebut : “Sirrut Tanzim” – iaitu gerakan bawah tanah secara rahsia. Sudah 12 tahun gerakan ini beroperasi, tetapi tidak ada seorang pun yang berani  mendedahkannya. Hasil kejayaan gerakan ini telah melahirkan tokoh politik pembangkang yang berwibawa dan pegawai kerajaan pro pembangkang yang berpengaruh. Hampir 95% daripada pelajar hasil didikan mereka di Jordan akan menentang kerajaan apabila pulang ke Malaysia. Hinggalah pada bulan Oktober 2002, terdetik di hati beberapa pelajar bekasan gerakan ini untuk mewartakan gerakan mereka kepada umum supaya masyarakat dan pihak kerajaan Malaysia mendapat gambaran dan maklumat sebenar yang betul, tepat dan lengkap. 

          Berpunca daripada isu pendedahan yang dilakukan oleh pihak Kelab UMNO Jordan (KUJ) tentang rahsia gerakan mereka menyebabkan timbul sedikit rasa tidak puas hati. Kepimpinan gerakan ini merasa  terpukul dengan tamparan yang diberikan, kerana rahsia yang sudah di Bai’ah (disumpah setiakan) dan dirahsiakan begitu lama terbongkar jua akhirnya. Hal pembongkaran rahsia Ikatan Mahasiswa Islam Jordan (IMIJ) yang mempunyai hubungan langsung dengan pihak pembangkang di Malaysia, menjadi topik utama perbualan masyarakat pelajar di Jordan terutama pelajar-pelajar baru. Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa Persatuan Universiti dan Badan Kebajikan Anak Negeri diseluruh Jordan semuanya dikuasai atau boneka oleh IMIJ  PAS.  

Setelah Buletin ini tersebar, seolah-olah gerakan mereka terhenti buat seketika. Usrah tidak kedengaran, tamrin dan daurah tidak dilaksanakan dengan rancak seperti dulu. Bagi mereka kedatangan Pegawai JHEK ke Jordan dengan matlamat : 1- Untuk menyiputbabikan gerakan dan aktiviti pelajar serta membuat laporan. 2- Menjadikan pelajar tidak berani untuk bersuara. 3- Mencabar (menghina) pemimpin  mereka yang dikatakan ulamak, kerana sebelum ini mereka tidak pernah dicabar. 

          Semenjak kedatangan Pegawai JHEK ke Jordan, Kelab UMNO kembali bernafas lega. Ahli bertambah dengan banyak sekali. Mereka sudah mendapat pembelaan dan setiap ahli  mula berani menyatakan pandangan secara terbuka, tidak seperti sebelumnya, seolah-olah seperti disiputbabikan oleh JAMAAH IMIJ PAS. Pelajar takut untuk menyertai KUJ kerana bimbang dipulau, dipecat keahlian daripada persatuan dan dikenakan berbagai tekanan dan penyiksaan dari segi emosi. Hal ini telah diselesaikan oleh JHEK dengan cara yang paling bijaksana dengan menutup segala lubang yang selalu mereka gunakan untuk mengembangkan pengaruh. 

          Akibatnya, gerakan IMIJ di Jordan mula tersekat, susah untuk bergerak bebas. Hal ini memuncak dengan pelakuan ganas daripada sebahagian besar para pemimpin mereka seramai 15 orang  yang datang  menyerbu rumah dan membelasah habis-habisan ke atas bekas Pemangku Pengerusi Kelab UMNO Jordan sesi 2001/2002 Saudara Amir Shahrizat bin Azizan berasal dari Negeri Sembilan Darul Khusus yang juga pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Peristiwa ini cukup menggemparkan masyarakat mahasiswa di sini. Hal keganasan yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan  mahasiswa Islam yang bergelar ustaz (yang bakal menjadi ulamak) , lebih-lebih lagi golongan  hafiz al Quran.         

MAKLUMAT MANGSA :

 

‌أ-                   Amir Shahrizat bin Azizan, No. K/P : 791102-05-5269. Graduan Universiti Mu’tah dalam bidang Fiqh Wa Usul. Anak jati Negeri Sembilan yang juga bekas YDP Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) sesi 2001/2002 merangkap Ahli Lembaga Majlis Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan sesi 2001/2002 (MPPM).

‌ب-              Belia juga sebagai Pemangku Penegerusi Kelab UMNO Jordan (KUJ) sesi 2001/2002, adalah seorang yang kuat bekerja dan bersemangat serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perjuangan UMNO.

‌ج-               Beliau adalah antara pelajar yang lantang memperjuangakan idealisme pelajar pro kerajaan dan sentiasa membongkarkan rahsia penyelewengan PAS serta memberi kritikan hebat terhadap perjuangan JEMAAH IMIJ PAS di Jordan. 

PUNCA.

 

1-                 Peristiwa ini berlaku berpunca daripada lawatan Menteri Besar Terengganu  ke Jordan  bermula 9.11.2002 hingga 12.11.2002 untuk transit umrah. Pada hari pertama kedatangan beliau, Persatuan Mahasiswa Negeri Terengganu (PUTRA) telah mengadakan dialog pelajar bersama Menteri Besar di Universiti Mu’tah, Jordan bermula pukul 1.30 petang sehingga 4.00 petang.

2-                 Dalam majlis tersebut , MB ada menyebut beberapa isu semasa terkini yang berlaku di Malaysia, antaranya isu Negara Islam, Ulil Amri dalam al Quran, arak di Terengganu, patung sotong dan udang serta lain-lain isu. Suasana dalam majlis tersebut agak panas setelah ada beberapa orang pelajar yang bangun untuk bertanya. Disamping MB dengan berani mencabar sesiapa sahaja, di mana sahaja dan bila-bila masa  untuk bermuzakarah dengan beliau mengenai apa jua isu. ( cabaran tersebut semacam menyindir kedua Pegawai JHEK yang bertugas di Mu’tah ketika itu)

3-                 Pada jam 5.00 malam , satu panggilan daripada Saudara Salman Zainal Abidin, YDP Persatuan Mahasiswa Terengganu (PUTRA) kepada Ustaz Afendi Yusoff (Pegawai JHEK) meminta supaya datang segera ke Bait Syuhada’ sebelum pukul 6.00 malam pada 9.11.2002, kerana Y.A.B MB Terengganu mahu berjumpa untuk bermuzakarah. Jadi Pegawai JHEK tidak memenuhi jemputan tersebut kerana mengetahui ianya satu perangkap.

4-                 Apabila Pegawai JHEK tidak datang jemputan tersebut,maka heboh dan tersebarlah satu isu di Jordan mengatakan bahawa Pegawai JHEK pengecut, bacul, pondan dan penakut untuk bersemuka. Sesuatu yang menjatuhkan maruah dan peribadi orang yang dicabar. Sedangkan masa yang dimaklumkan kepada Pegawai JHEK adalah terlalu singkat tambahan lagi dalam keadaan sedang berbuka puasa.

5-                 Pegawai JHEK telah meminta pandangan dan keizinan daripada YBhg. Datuk Ketua Pengarah JHEK untuk menyahut dan menyambut cabaran Hj. Abdul Hadi untuk berdebat secara gentleman. Setelah kebenaran diperolehi, maka Pegawai JHEK mengemukakan jawapan segera kepada pihak Persatuan Anak Negeri Terengganu (PUTRA) iaitu mereka sedia berdebat.

6-                 Satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada YDP PUTRA pada 10.11.2002 sebagai bahan perbincangan untuk persediaan dialog yang bakal diadakan. Pada peringkat awalnya, pihak YDP PUTRA mewakili MB Terengganu menyatakan kesediaan MB untuk berdialog secara terbuka. Tetapi, kesanggupan itu hanya 24 jam sahaja.

7-                 Pada pagi 11.11.2002, satu jawapan daripada pihak YDP PUTRA kepada wakil daripada Pegawai JHEK iaitu Ustaz Awang Juri yang menyatakan MB tidak bersetuju untuk berdialog dengan Pegawai JHEK. Sebaliknya MB mencadangkan supaya Pegawai JHEK dijemput hadir sebagai tetamu dan penonton oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu ke Majlis yang akan diadakan pada 30.11.2002 di Amman.

8-                 Maka Pegawai JHEK telah membuat keputusan untuk tidak datang ke majlis tersebut walau dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu sekalipun kerana mengetahui perangkap yang disediakan oleh MB Terengganu. ( majlis tersebut telah dirancang khas untuk membelasah, menghentam, menjatuh dan memalukan Pegawai JHEK dikhalayak ramai )

9-                 Akibatnya, pelajar yang menyokong kerajaan bangkit memberontak kerana tidak berpuas hati, pihak PUTRA telah mungkir janji iaitu tidak mahu mengadakan majlis dialog , yang mana Pegawai JHEK sebagi ahli panelnya. Cuma PUTRA menganjurkan ceramah perdana yang menjemput Pegawai JHEK sebagai tetamu sahaja untuk dihentam dan disorak

10-            Isu ini, telah menimbulkan cabar mencabar antara kedua belah pihak, penyokong kerajaan merasa tertekan disebabkan penghinaan yang dilakukan oleh penyokong PAS terhadap Pegawai JHEK yang menolak untuk datang ke majlis perangkap tersebut. 

TARIKH , MASA  TEMPAT BERLAKU : 

Pada Hari Jumaat 15 November 2002, jam 11.45 malam di Rumah Amir Shahrizat bin Azizan, Mazar, Jordan. 

KRONOLOGI :

 

1-                 Pada malam 15.11.2002, jam 9.30 malam 15 orang pelajar pro PAS di Universiti Mu’tah datang memenuhi rumah mangsa dengan alasan untuk bermuzakarah dan berdialog. Kedatangan sebahagian mereka dengan cara memakai seban, berjubah dan berketayap.  Mulanya perbincangan hanya berlaku diruang tamu rumah mangsa. Selepas itu mangsa menjemput tetamu untuk masuk ke dalam bilik untuk berbincang secara face to face. Sebaliknya yang berlaku, kesemua 15 orang masuk ke dalam bilik dengan cara seperti gengster dan kaki pukul.

2-                 Akhirnya, kumpulan kaki pukul merampas handphone mangsa, tetapi mangsa cuba merampas kembali handphone yang dirampas tadi. Maka diketika itulah berbagai tolakkan, tendangan, penumbuk, penyepak bertalu-talu sampai ke badan mangsa. Setelah mangsa dibelasah hampir 10-15 minit ( tetapi mangsa tidak ingat tempoh sebenar berlaku, cuma satu jangka masa yang panjang, lebih-lebih lagi mangsa tidak tengok jam), golongan pengganas terus keluar daripada rumah meninggalkan tempat tersebut.

3-                 Peristiwa pukul memukul ini telah disaksikan oleh 2 orang ahli rumah mangsa yang tidak dapat berbuat apa-apa akibat pengganas terlalu ramai dan meminta supaya yang lain tidak masuk campur.

4-                 Seterusnya 4 orang polis daripada bahagian siasatan jenayah Balai Polis Mazar Al Janub datang ketempat kejadian untuk mengambil laporan dan bahan bukti daripada mangsa. Mangsa seterusnya muntah-muntah, dan pening akibat ditendang dikepala berkali-kali, berdarah hidung, sakit dibahagian dada dan perut, serta bengkak dimuka dan mata. Mangsa terpaksa dipapah ketika Ambulan Difa’ Madani datang untuk membawa beliau ke Hospital Karak.

5-                 Pukul 7.30 mangsa telah membuta laporan rasmi di Balai polis Mazar Al Janub, Karak, Jordan dan pada pukul 10.30 pagi mangsa telah diminta untuk datang ke Balai Polis,  bagi mendapatkan pengesahan maklumat dan pengesahan terakhir mangsa sebelum waran tangkap dikeluarkan. Pihak polis berjanji untuk menangkap kesemua pengganas ini selepas waktu berbuka puasa untuk menghormati mereka sebagai orang Islam.

6-                 Pendakwaan akan dilakukan sebaik sahaja mereka masuk lokap. Dan mangsa tidak bercadang untuk memberi kemaafan kepada pengganas-pengganas tersebut.

 

Antara kes yang boleh diketengahkan :

 

‌أ-      Memukul mangsa dalam bilik rumah.

‌ب- Menyekat mangsa daripada lari keluar dan menutup pintu bilik.

‌ج-   Merampas handphone mangsa.

‌د-    Merampas sim kad telefon. 

NAMA-NAMA PENGGANAS :

 

 

Bil.

Nama Pelajar

Negeri

TAJAAN

Tahun Pengajian

01.

MOHD FADHLI BIN MANSOR

- Bekas YDP PUTRA

Terengganu

YAYASAN TERENGGANU

3

02.

MOHD FAHMI BIN MANSOR

- Adik Mohd Fadhli

Terengganu

YAYASAN TERENGGANU

3

03.

SALMAN BIN ZAINAL ABIDIN

- YDP PUTRA sekarang

Terengganu

YT

2

04.

KHAIRUL ANWAR BIN AB.RAHMAN

- Setiusaha Agung PUTRA

Terengganu

YT

1

05.

ABDUL HALIM BIN MOHD.ABD WAHID

- Anak Exco Kanan Kerajaan Terengganu, YB Abdul Wahid Endut.

Terengganu

Sendiri

3

06.

KHAIRUL ARIFIN BIN JUSOH

 

Terengganu

YT

4

07.

WAN MOHD NOOR BIN WAN ABDUL WAHAB

Terengganu

Sendiri

2

08.

WAN ROSLI BIN WAN MUDA

 

Terengganu

Sendiri

2

09.

MOHD FADHLAN BIN ABD RAHMAN

- Penasihat Persatuan Mahasiswa Mahasiswa Universiti Mu’tah (PERMATA)

Perak

Zakat Majlis Agama Islam Perak

3

10.

MOHD NORZARIR BIN ARSHAD

- Setiausaha Agung Persatuan Perak

Perak

Zakat Majlis Agama Islam Perak

2

11.

MUZHAFAR BIN MUSTAFA KAMAL

Perak

Zakat Majlis Agama Islam Perak

2

12.

FATHI BIN ABDULLAH

- Biro Penerangan & Penerbitan PUTRA

Kuala Lumpur

Sendiri

3

13.

MOHD SARHAN BIN ISMAIL

Selangor

Zakat Majlis Agama Islam Selangor

2

14.

MOHD. FARHAN BIN ISMAIL

- YDP Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)

Kelantan

Sendiri

2

15.

Pelajar baru dari Kedah yang dikenali sebagai  “din” belum dikenali identitinya.

Kedah

 

1

 * Senarai nama pengganas ini secara automatik menolak dakwaan Dr. Hatta Ramli, S/U Politik kepada Ketua Permbangkang Hj. Abdul Hadi Awang yang mengatakan kesemua pengganas adalah pelajar Terengganu sahaja, bukan pelajar PAS. Mereka adalah pelajar pro-PAS atau IMIJ-PAS yang fanatik di Jordan. 

BUKTI-BUKTI  LAPORAN. 

1-                Gambar. 

-         Diambil selepas dipukul.

-         Semasa dibawa dengan ambulans kecemasan ke hospital.

-         Semasa dipapah masuk ke hospital.

-         Semasa soal siasat dijalankan dibalai polis. 

2-                 Rakaman pengakuan mangsa dan saksi. 

- Kaset rakaman. 

3-                Kenyataan hospital. 

-         Dikeluarkan oleh  Pegawai Perubatan yang bertugas di Hospital Karak.

-         Sakit : Muntah-muntah, pening (hentakan dan gegaran pada otak akibat ditendang dan disepak dikepala), sesak nafas kerana ditendang dan dipijak pada bahagian dada , pengsan (separuh sedar), lebam-lebam dibahagian muka, sakit belakang dan perut sehingga mangsa terpaksa dipapah. 

4-                Kenyataan laporan polis  Jordan. 

-         Laporan polis dibuat di Balai Polis Mazar Al Janubi, Daerah Karak, Jordan.

-         Mangsa dipanggil untuk urusan soal siasat yang dijalankan pada pagi Sabtu, jam 7.30 pagi, bertarikh 16.11.2002 di Balai polis Mazar Al Janubi,  Karak.

-         Waran tangkap terhadap 14 orang kaki pukul dikeluarkan pada pukul 10.30 pagi waktu Jordan.

-         Tangkapan akan dibuat selepas berbuka puasa. 

5-                Saksi.

 

-         Saksi utama ialah Mohd Najb bin Mohsin. No. Kad Pengenalan : 770510-05-5951 , pelajar tahun akhir daripada Universiti Mu’tah,pelajar tajaan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan berasal dari Nilai Negeri Sembilan yang juga ahli Kelab UMNO Jordan.

 

-         Saksi lain ialah Zulazrin bin Senin, No. Kad Pengenalan : 790310-04-5167   ,  Pelajar tahun akhir tajaan Majlis Agama Islam Melaka yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi KUJ sesi 2002/2003. 

CADANGAN.

 

1-     Kerajaan diharap dapat mengenalpasti punca dan masalah yang membawa kepada suburnya perkembangan fahaman politik sempit pembangkang di universiti luar negara dan seterusnya mengambil langkah drastik untuk membenterasnya. 

2-     Kerajaan diharap dapat menghantar Pegawai Atase Pendidikan ke Jordan dikalangan orang yang terbukti kuat menyokong dasar kerajaan (kuat UMNO) dengan kadar seberapa segera. 

3-     Pegawai JHEK perlu dihantar ke Jordan secara berterusan untuk memantau aktiviti pelajar serta mengadakan program Taqarrrub dari semasa ke semasa. 

4-     Sasaran perjuangan KUJ di Jordan pada tahun hadapan ialah saki baki gerakan pembangkang sifar (0) di Jordan.  

5-     Mengenakan tindakan yang tegas kepada sesiapa sahaja dikalangan pelajar Malaysia yang melakukan keganasan dan samseng di luar negara dengan tidak membenarkan mereka keluar daripada Malaysia untuk ke Jordan dan Mesir buat kali kedua. 

6-     Menyenarai hitamkan nama-nama pelajar terbabit di Kementerian Pendidikan supaya mereka tidak diberi peluang untuk menyambung pelajaran di mana-mana IPTA dalam negara. 

7-     Menyenarai hitamkan nama-nama  mereka disemua jabatan-jabatan kerajaan seluruh negara supaya barah sebegini tidak diimport masuk ke dalam kerajaan. 

8-     Dan terakhir, supaya isu ini dihebahkan keseluruh negara. Kami disini mengalu-alukan kedatangan para wartawan dan wakil media untuk membuat liputan tentang insiden yang berlaku rentetan daripada lawatan Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang. 

9-     Antara isu yang boleh diketengahkan ialah : 

‌أ-                   Pertengkaran berpunca daripada perdebatan pelajar mengenai fatwa mencarut dibolehkan dalam Islam oleh Dato’ Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan. Maka pelajar yang menelan fatwa boleh mencarut ini terus memegang fatwa ini sehingga membawa kepada pertelingkahan, maki hamun melalui SMS dan sebagainya. Hujjah kita boleh mencarut kerana Allahpun mancarut dalam al Quran - Dato’ Nik Aziz. 

‌ب-              Isu Allah samseng dan jahat yang menjadi inspirasi kepada perjuangan PAS (fatwa Dato’ Nik Aziz) telah digunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk membelasah ahli Kelab UMNO Jordan kerana perbuatan jahat diharuskan dalam Islam. Kerana Allah pun jahat dan samseng juga. 

‌ج-               Isu cabar mencabar antara Pegawai JHEK (Ustaz Afendi Yusoff) dengan MB Terengganu yang hampir membawa kepada Majlis Diolog dan Muzakarah Isu semasa secara terbuka dihadapan pelajar. Tetapi MB menolak majlis dialog dengan berbagai alasan, Cuma MB mahu majlis Ceramah Perdana sahaja. 

PENUTUP.

 

          Akhirnya, kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengharapkan pihak kerajaan lebih prihatin kepada masalah keganasan yang kian serius hari demi hari akibat provokasi daripada para pemimpin PAS. Mereka menelan sepenuhnya fatwa Nik Aziz yang menghalakan mencarut dan juga Allah jahat dan samseng supaya pengikut mereka juga boleh samseng dan jahat. Dengan berlakunya isu ini, kerajaan sepatutnya lebih tegas mengambil tindakan kepada orang yang mengeluarkan pendapat dan fatwa yang mengelirukan ini. 

“MENJUNJUNG AGAMA, MEMPERKASA BANGSA, MENJULANG NEGARA” 

Yang benar ,

 

NIK MOHD SUKIMAN BIN NIK YUSOF

Pengerusi Kelab UMNO Jordan ( KUJ)

Sesi 2002/2003. 

Mu’tah Universiti, Jordan.

19.11.2002 

Lampiran                                                                                         

 

PERKEMBANGAN TERBARU DARI JORDAN

-      AMIR SHAHRIZAT DIPUKUL –

 

          Keadaan sekarang cukup mengelirukan. Kenyataan Duta Malaysia di Amman dalam Berita Harian 19.11.2002  bahawa hanya berlaku tolak menolak dalam insiden tersebut disanggah. Persoalannya : Bagaimana Duta dapat tahu, hanya berlaku tolak menolak dalam insiden tersebut? Adakah dengan mendapat maklumat daripada para penyerang yang bermati-matian tidak mengaku dalam satu  majlis soal siasat yang dianjurkan oleh Pihak Kedutaan dan MSD  pada 17.11.2002 di Rumah mangsa. Mangsa tetap mempertahankan bahawa beliau dipukul. Tetapi pengakuan mangsa tidak diutamakan kerana beliau daripada Kelab UMNO Jordan. Saksi utama kes ini iaitu Mohd Najib Mohsin  bertegas bahawa beliau melihat dengan biji  mata beliau sendiri kejadian tersebut. Dan saksi kedua, saudara Zulazrin bin Senin juga menyaksikan muqaddimah insiden tersebut  Tetapi semua penyerang tidak mengaku dan menganggap itu suatu fitnah dan lakonan mangsa semata-mata. Akhirnya pihak MSD dan Kedutaan menyelesaikan hal ini dengan majlis angkat sumpah @ Tahlif dengan al Quran. Kedua-dua pihak sanggup bersumpah dengan nama Allah dengan menjunjung al Quran.

 

Teringat kembali peristiwa DSAI yang hampir menyamai kes yang berlaku sekarang. Kes “Mata Lebam” – DSAI diketika itu dikatakan memukul dirinya sendiri dalam penjara. Sama juga apa yang berlaku sekarang, pihak penyerang mengatakan, lebam-labam yang ada pada muka dan badan Amir itu, adalah Amir yang memukulnya sendiri.

 

Persoalannya , pihak mangsa telah membuat laporan polis dan pemeriksaan perubatan di hospital selepas kejadian tersebut. Mangsa mempunyai bukti yang kukuh untuk menarik penyerang ke muka pengadilan. Adakah laporan dan statement  daripada Hospital  Kerajaan Jordan yang begitu jelas tidak boleh dijadikan bukti ? Gambar lebam pada mangsa juga merupakan bukti, ditambah lagi dengan laporan polis yang juga sebagai bahan bukti. 

Mengikut undang-undang Negara Jordan :  

1-           Sesiapa yang masuk menceroboh ke dalam rumah adalah satu kesalahan.

2-            Menyekat dan menahan mangsa supaya jangan keluar dari bilik dengan menutup pintu juga merupakan satu kesalahan.

3-          Merampas harta mangsa iaitu – Sim Kad telefon – juga merupakan satu kesalahan

4-       Dan kesalahan yang paling besar ialah menyentuh atau memegang atau  menolak atau memukul mangsa, kuat atau sedikit juga merupakan satu kesalahan, lebih-lebih lagi dilakukan dalam rumah mangsa. 

Ekoran daripada peristiwa itu,  mangsa telah bertekad walau badan dikerat 18, beliau akan terus mempertahankan hak dan maruahnya walaupun sanggup bergadai nyawa. Mangsa tetap yakin beliau akan memenangi kes ini di mahkamah. 

MAKLUMAT  DARIPADA  DUTA : 

Saya menyanggah maklumat yang diberikan oleh pihak Duta :  

Pertama :           Kerana pihak kedutaan banyak mendapat maklumat daripada para penyerang yang tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut. Sedangkan pihak mangsa dan saksi tidak ditemuramah secara khusus. 

Kedua :          “Majlis penyiasatan kes”  anjuran Kedutaan dan MSD pada 17.11.2002 di Rumah mangsa adalah tidak adil dan menekan emosi  mangsa.  Cara dan kaedah bertanya yang digunakan pada malam tersebut cukup menggangu emosi mangsa, beliau rasa tertekan. Mangsa dan dua orang saksi sahaja yang dibenarkan bercakap. Sebaliknya, setiap ahli  kumpulan penyerang iaitu “Kumpulan 14”  terus mendapat hak bercakap dan membela diri. Bayangkanlah, jika penyerang diberikan hak dan peluang supaya tidak mengaku perbuatan mereka. Siapa yang akan mengaku setelah membuat salah ? Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Duta hasil daripada majlis penyiasatan tersebut. Sebaliknya pegawai JHEK 24 jam bersama para pelajar, mengetahui setiap apa yang berlaku dengan lebih jelas kerana Pegawai JHEK tidak berada di pejabat yang mewah dan kerusi empuk sebagaimana mereka. Kami akan terus mempertahankan maklumat yang diberikan iaitu Saudara Amir Shahrizat memang dipukul. 

Ketiga :          Kenapa MSD dan Kedutaan terus membela “Kumpulan 14” ? Yang kebanyakkan mereka adalah pihak pro-pembangkang dan merupakan pemimpin Persatuan yang ada di Jordan. 

Keempat :          Sudah dimaklumi di Jordan bahawa Kelab UMNO Jordan (KUJ) tidak mendapat pembelaan dan bantuan yang sepatutnya daripada Malaysia Student Department. Pihak MSD hanya memberi bantuan kepada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) dan Persatuan yang bernaung dibawahnya sahaja. Ini suatu yang menimbulkan persoalan. 

Kelima :          Ketika Y.B Menteri Penerangan, Tan Seri Khalil Yaacob singgah transit di Jordan pada 8.11.2002 bersama delegasi Pemuda UMNO Malaysia yang pulang dari Baghdad. Satu perbahasan kecil telah berlaku diantara, pemimpin KUJ, delegasi Pemuda, Menteri Penerangan dan Duta tentang siapakah Ustaz Abrar bin Idris ? Apakah peranan yang yang dimainkan beliau untuk membantu gerakan pelajar yang pro-kerajaan? Jawabnya, masih belum ada. Pak Duta terus membela Ustaz Abrar sebagai tidak bersalah dan beliau difitnah oleh KUJ , dihadapan YB Zahidi dan Exco Pemuda UMNO yang lain sebagai saksi. Oleh itu, saya menyeru supaya hal ini, terus diperdebatkan dihadapan para Menteri atau Perdana Menteri antara pihak yang terlibat supaya yang bersalah tetap diambil tindakan.  

Keenam :          Delegasi Pemuda disertai oleh Datuk Salleh Said Keruak (Bekas Ketua Menteri Sabah), Y.B Zahidi bin Zainul Abidin - ADUN Beseri, Syed Anuar Syed Ahmad   dan Ahmad Jamil Harun, setelah mereka mendengar rintihan daripada Pegawai JHEK dan pimpinan KUJ  tentang nasib yang mereka alami serta sebab-sebab KUJ  tidak boleh menambahkan ahli serta mengembangkan pengaruh. 

Ketujuh :          Kebanyakkan pegawai kerajaan yang ada di Jordan, menganggap mereka sebagai pegawai kerajaan dan bukan orang politik. Jadi mereka berkhidmat untuk semua orang tanpa mengira fahaman, asalkan mereka warga negara Malaysia. Saya pernah bertanya kepada Pegawai MSD : Kenapa Ustaz Abrar tidak berikan sedikit layanan dan keistimewaan kepada kelab penyokong kerajaan, khasnya KUJ ? Beliau menjawab : Piagam pelanggan MSD adalah untuk semua pelajar Malaysia !! Tanpa mengira fahaman politik. Tetapi sayangnya pemimpin KUJ tidak mendapat layanan sebagaimana diharapkan dari segi bantuan dan sebagainya.  

Kelapan  :           Jika pihak Duta terus menerus menafikan kejadian insiden tempohari sebagai tidak tegang. Kita tunggu dan lihat pada perbicaraan di mahkamah nanti iaitu 27.11.2002. Dan saya mencabar pihak yang berkenaan supaya memberikan maklumat yang betul, benar dan tepat tanpa mengira sentimen fahaman politik. Dengan itu, turunlah sekali sekala melihat keadaan hidup pelajar dan lihatlah apa yang berlaku dikalangan pelajar. 

SIAPAKAH YANG MENGIKAT JAMIN PENYERANG ? 

          Perbicaraan pada 18.11.2002 bertempat di Mahkamah Al Mazar, Karak, Jordan.  Empat orang daripada 14 orang penyerang telah dilihat oleh mangsa dan saksi sebagai yang membelasah mangsa, walaupun yang lain juga banyak memberi saham memukul dalam pergelutan tersebut. Cuma perbuatan empat orang itu cukup jelas di depan mata. Yang lain hanya nampak tangan dan kaki sahaja yang datang. Empat orang yang dihadapkan ke mahkamah ialah : 

‌أ-                 Mohd Fadhli bin Mansor. - Terengganu.

‌ب-           Khairul Arifin bin Jusoh - Terengganu.

‌ج-              Abdul Halim b. Mohd Abdul Wahid Endut - Terennganu

‌د-               Muzhaffar bin Mustafa Kamal -  Perak. 

Keputusan dalam perbicaraan pertama di Mahkamah Al Mazar pada 18.11.2002, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.45 tengahari,  di mana Hakim atau Qadhi telah memutuskan hukuman “Tauqif”  – iaitu ditahan selama 1 minggu sehingga hari perbicaraan kedua pada 27.11.2002. Kenapa hakim mengarahkan mereka supaya ditahan dalam penjara sementara menunggu hari perbicaraan akan datang , jika mereka tidak bersalah? 

Malangnya, pihak Kedutaan Malaysia Jordan telah menjamin keempat-empat orang pelajar terbabit yang telah diarahkan oleh pihak mahkamah supaya berehat didalam penjara sehingga hari perbicaraan kedua pada 27.11.2002.         

 HARAPAN MANGSA : 

          Sebagai bekas pemimpin Kelab UMNO Jordan yang terbukti menyokong dan membantu kerajaan, amat mengharapkan sokongan dan bantuan daripada pihak UMNO dan kerajaan  Malaysia. Biarlah kerajaan menghantar pegawai penyiasat daripada Bukit Aman  yang berkecuali dari segi fahaman politik untuk menyiasat kes ini secara adil dan saksama. Setakat ini seolah-olah hak mangsa dinafikan untuk membela diri. 

          Kedua, pihak media di jemput untuk datang dan menemuramah sendiri pihak-pihak yang terlibat bagi mendapat penjelasan dan laporan yang lebih tepat.

           Mangsa telah memilih untuk mengambil seorang peguam yang terkenal iaitu Atif Hana Annawaisah daripada Karak, Jordan bagi membantu beliau dalam menyelesaikan kes pendakwaan terhadap “Kumpulan 14” yang tidak mengaku mereka bersalah.  Hal ini  memerlukan sedikit kos untuk memastikan kesemua 14 orang penyerang terbabit akan mendapat pembalasan yang sewajarnya.

 PENUTUP: 

          Insiden ini sudah menjadi isu besar negara, ianya perlu diselesaikan secara bijak untuk memastikan semua pihak yang terlibat, lebih-lebih lagi mangsa akan terbela haknya. Hanya kepada Allah jua kita memohon bantuan dan pertolongan. Amin Ya Rabbal A Lamin. 

Di sediakan oleh ;

Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof.

Pengerusi Kelab UMNO Jordan sesi 2002 / 2003 

BUKU CADANGAN

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT RINGKAS 

 

MAJLIS DIALOG PERDANA ISU SEMASA BERSAMA

Y.A.B DATO’ SERI  HAJI ABDUL HADI BIN AWANG

MENTERI BESAR TERENGGANU

 

PENGENALAN :           

            Bermula isu Dialog ini dengan cabaran MB Terngganu kepada sesiapa sahaja untuk bermuzakarah dengan beliau. Maka hal ini telah menimbulkan sedikit kontroversi apabila penyokong kedua belah pihak bersetuju agar dialog teersebut dapat diadakan segera. Mahu atau tidak, pihak yang dicabar terpaksa tampil kehadapan untuk menyahut cabaran berani MB Terengganu bagi mempertahankan maruah dan wibawanya. 

ANJURAN : 

PERSATUAN MAHASISWA TERENGGANU JORDAN (PUTRA)

 JEMPUTAN : 

Kehadiran hanya terbuka kepada maksima 100 orang peserta sahaja. Keutamaan diberikan kepada Ahli Majlis Tertinggi kesemua Persatuan dan Badan Kebajikan Anak Negeri serta Kelab. Pembahagian tempat duduk untuk kedua-dua belah pihak mestilah adil dan saksama di mana Kumpulan A 50 kerusi dan kumpulan B 50 kerusi.

            Semua peminat akan dijemput melalui surat jemputan yang akan dikeluarkan oleh pihak penganjur. Penganjur hendaklah mengemukakan senarai nama peserta untuk proses mengeluarkan surat jemputan 3 hari sebelum dialog berlangsung. Nama-nama yang tidak dijemput tidak dibenarkan hadir untuk menjaga keamanan dan keharmonian majlis. 

CADANGAN : 

Dialog ini disertai oleh 3 ahli panel dan seorang  moderator  yang akan mempengerusikan majlis dialog tersebut. Tiga ahli panel tersebut ialah kedua-dua Pegawai JHEK yang dicabar , dan Y.A.B Menteri Besar Terengganu. Dimana moderator pula hendaklah terdiri daripada seorang yang berkecuali dalam pertikaian dan percaturan politik yang sedia ada. Nama-nama ahli panel dan moderator : 

‌أ-                    Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Terengganu Darul Iman merangkap Pemangku Presiden PAS. 

‌ب-               Ustaz Hj. Mohd Afandi bin Yusoff

Pegawai JHEK, Ibu Pejabat, K. Lumpur.

‌ج-                Ustaz Mat Nasir bin Muda

Pegawai JHEK, Ibu Pejabat, K. Lumpur.

             ‌د-                  Saudara Awang Juri bin Awang Seman

Pelajar Universiti Mu’tah sebagai Moderator Dialog.    

PERATURAN:

 

‌أ-                    Kedudukan tempat duduk dalam dewan tempat dialog berlangsung.

Ahli Panel 1

Ustaz Mat Nasir bin Muda

 

Ahli Penel 2

Y.A.B MB T’ganu

 

 

Moderator

 

Ahli Panel 3

Ustaz Hj. Mohd Afandi Yusoff

 

 
 

 

 

 

 ‌ب-               Tempoh menyampaikan hujah setiap ahli panel. Dialog ini terbahagi kepada 2 pusingan :

 

-         Pusingan pertama :  20 minit untuk setiap ahli panel

-         Pusingan kedua    :  10 minit untuk setiap ahli panel.

-         Sesi soal jawab.    :  1 jam.

 

‌ج-                Kaedah mengemukakan soalan.

 

-         Moderator hendaklah adil dan saksama dalam memberikan peluang untuk para penyoal.

-         Kedua-dua pihak belah diberikan peluang yang luas untuk bertanya secara bergilir-gilir. Satu soalan untuk Kumpulan A dan satu soalan untuk Kumpulan B.

-         Setiap soalan yang dikemukan perlu dikumpul terlebih dahulu sebelum dijawab oleh ahli panel. 

SYARAT :

 

‌أ-                    Semua peserta dikehendaki menjaga adab-adab majlis sesuai dengan status pelajar agama.

‌ب-               Tidak dibenarkan membuat bising  untuk menjaga keharmonian majlis.

‌ج-                Tidak dibenarkan menggunakan kata-kata kesat sepanjang majlis berlangsung.

‌د-                  Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas.

‌ه-                   Sesiapa yang berbuat bising akan dihalau keluar oleh para Mukhabarat yang dijemput khas untuk memantau perjalanan majlis.

 TEMPAT DAN TARIKH : 

-         Cadangan tempat di Dewan Nadi Mu’tah. Ini kerana dewan yang selesa, tempat yang sesuai dan berpagar. Jauh dari kebisingan dan gangguan.

-         Diadakan selepas Y.A.B Menteri Besar Pulang dari Umrah pada 30 November 2002 atau 1 Disember 2002. Jam 7.30 malam selepas solat terawih. 

IMPLIKASI KEWANGAN :

 

i-          Sewa Dewan                : JD 60.000.

ii-         Alat siaraya                  : JD 20.000.

iii-        Pengangkutan               : JD 20.000. (pergi dan balik)

iv-        Persiapan                     : JD 50.000

v-         Sewa pengangkutan untuk menjemput Menteri Besar : JD 70.000

 

JUMLAH                               : JD 220.000. 

Penutup :

 

            Kertas kerja cadangan ini diangkat untuk perbincangan dan diharapkan pihak yang mencabar akan terus mengotakan janjinya untuk bermuzakarah tanpa banyak memberi alasan.

 

 Sekian. Wassalam.

 

PENGUMUMAN PENTING !!!

( Buletin Al Insaf ) Bil. 3

 

Tajuk :

 

“MENYAHUT CABARAN HJ. ABDUL HADI UNTUK  BERDEBAT”.

 

                Cabaran Ustaz Hj Abdul Hadi Awang, MB Terengganu terhadap Pegawai JHEK bebarapa hari yang lepas telah disambut dengan lantang dan berani. Beliau (MB) mencabar sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan dimana sahaja untuk bermuzakarah dengan beliau  mengenai apa jua isu.

                  Sayangnya, cabaran itu hanya sebagai gurauan semata-mata. Beliau tidak berani untuk berlawan secara anak jantan. Inilah dasar Tok Guru  yang penakut dan bacul untuk bersemuka. Cakap je berdegar-degar. Ibarat kan : “Ayam jantan berkokok riang, ekor dan kaki berlumuran najis ”. Kalaulah dia merasakan bahawa perjuangannya benar dan betul ( yang dikatakan perjuangan Dakwah dan Harakah Islamiah ). Kenapa harus jadi penakut?? Nabi sebagai pemimpin umat Islam tidak pernah takut untuk berhadapan dan bermuzakarah dengan sesiapa saja, kerana Nabi yakin perjuangannya adalah benar, tetapi Hj. Hadi kurang yakin dengan perjuangannya. 

                 Kenapa Hj. Hadi Awang harus jadi penakut ??? Kalau takut, jangan cabar awal-awal lagi. Bila kita bersedia , dia pulak yang tidak mahu. Perjuangannya sudah diragui,  dimanakah keikhlasan beliau , dimanakah slogan Islam yang dibawa?? Kenapa tidak mahu bersemuka?? Kenapa beliau  memberikan alasan yang berbagai?? Kenapa syarat terlalu banyak??? Yang benar perlu dibahaskan secara terbuka dan sorohah. Jangan cuba main tarik tali wahai Ustaz Haji Hadi Awang. Tak payah berwayang kulit dengan kami. Kami dah  muak sandiwara PAS. 

                  Kalau Hj. Hadi takut nak bersemuka, ok lah , sila wakilkan dirinya kepada Setiausahanya untuk bermuzakarah dengan kami, kononnya anak bilis tak setaraf dengan bapak bilis atau ikan jerung. Ustaz Azahari tu kira setaraf le, sebab dia pun anak bilis. Eloklah kalau dia mewakili Ustaz Haji Hadi. Tak usah cakap besar wahai pemimpin PAS. 

                  Imej dan maruah Hj. Hadi jatuh teruk kerana tidak mahu bersemuka. Dia cuma berani jemput kami pergi  majlis dia pada 30 November 2002 untuk dibaham, dihentam , dibelasah dan disembelih. Kita hanya diberi peluang untuk soal seminit dua, dan dia boleh hentam  kami habis-habisan  berjam-jam. Ini permainan orang bodoh. Tiada adab dan biadap. Hanya tau buat perangkap untuk mengenakan orang saja. Kalau betul-betul berani ( - kenapa pandai-pandai cabar, kalau tak berani???) Sila sanggup untuk bersemuka dimeja dan dipentas, sama-sama boleh bercakap, masa berhujjah sama panjang, sama-sama boleh mengemukakan pandangan dan para pelajar boleh mengemukakan soalan dengan adil serta penilaian yang tepat dapat dilakukan bersama.

                   Kalau beginilah cara PAS dan Ustaz Hj. Hadi, memang beliau tidak layak langsung menjadi Presiden PAS, pemimpin apa tidak berani berhadapan dengan musuh, tidak berani menyatakan kebenaran,  tidak berani mengeluarkan pendapat dihadapan orang yang sanggup bersemuka,  kalau  musuhpun,  nak pilih dulu musuh tu kuat atau tidak. Pihak kami dah sanggup dan setuju nak berdebat dengan dia, tapi dia  pilih nak berdebat dengan orang lain pulak.  

                  Sekali lagi kami tegaskan, bahawa KUJ sanggup menyahut cabaran MB Terengganu, dan seterusnya mencabar kembali MB atau wakilnya  untuk berdialog dengan wakil kami pada 1 Disember 2002 bertempat di Mu’tah atau mana yang yang sesuai . Jika MB bersetuju, kami sanggup menyediakan pengangkutan mewah Mercedes Benz  khas untuk menjemput MB datang ke majlis dialog tersebut. Dan segala kos untuk majlis tersebut akan ditanggung oleh KUJ. 

                  Semua ini kami lakukan semata-mata untuk menyahut cabaran dan membersihkan nama baik wakil kami  ekoran penghinaan yang telah dilakukan oleh pihak MB. Kami telah mengemukakan satu kertas cadangan berkenaan Majlis Dialog tersebut kepada YDP Persatuan Mahasiswa Terengganu (PUTRA)  pada 11 November 2002  untuk dibincangkan disamping ingin  menunjukkan komitmen dan kesungguhan  kami menyahut cabaran tersebut.

           Ibarat kata :  “ Patah sayap, bertongkat paruh, namun daki tetap ku daki jua”. “ Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”.

    “ Berdentum guruh di langit, bumi takkan hancur sebelum kiamat”

               Inilah beberapa mutiara yang dapat di sampaikan, dengan harapan yang amat besar, isu cabar mencabar ini dapat diselesaikan , supaya maruah setiap yang dicabar bersih dan terbela. Firman Allah : “ Katakanlah Wahai Muhammad : Telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, sesungguhnya yang batil pasti lenyap”            

               Jadi kita lihat, siapa yang benar ??? Dan siapa yang batil dan sesat??? Melalui percubaan kali ini , Insya Allah kebenaran akan terserlah.

 TAKBIR ALLAHUAKBAR 3 KALI... HIDUP MELAYU…. MAJU ISLAM.