Make your own free website on Tripod.com
 

 

   

 

 

 

 

 
       
 

                                   Eksklusif

         PMRAM Perlulah Matang : Pengerusi

Kaherah-14 April 2003 : Pengerusi Kelab UMNO Mesir,Sanusi Md.Nor menyelar dengan tindakan PMRAM yang suka memfitnah ahli-ahli Kelab UMNO Mesir melalui lisan dan media di kalangan ahli-ahlinya,malah Kelab UMNO Mesir dari masa ke semasa mengumpul bukti-bukti yang kukuh bagi dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu yang mereka mendakwa bahawa mereka bukan dari kader PAS.

Katanya, PMRAM telah banyak menyebarkan fitnah kepada ahli-ahlinya untuk memburukkan Kelab UMNO Mesir seperti mengeluarkan Buletin JPMA,mengedar stiker 'Kami Menyanggah Fikrah Madiyyah,mengatakan ahli Kelab UMNO Mesir termasuk AJKT mendapat elauan dari kerajaan dan sebagainya.

"PMRAM seharusnya lebih matang dalam menangani isu-isu fitnah sesama mahasiswa di sini, kerana fitnah tersebar melalui lisan dan bertulis oleh ahlinya untuk membenci ahli Kelab UMNO Mesir dan kerajaan Malaysia." katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat AJKT pada 10 April lalu,

"Sekarang sudah sampai masanya untuk kita bertindak dengan pembohongan PMRAM kerana kebajikan PMRAM berikan selama ini hanyalah untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dan semasa pelajar baru datang ke Mesir dan meracuni pemimpin-pemimpin kerajaan yang datang bertandang ke sini.

"Kita sekarang juga sedang berusaha dengan kerajaan bagi membongkar rahsia PMRAM melalui bekas aktivis-aktivis PMRAM yang sedang bekerja di agensi-agensi kerajaan untuk mereka memberi penjelasan tentang PMRAM." jelasnya.

Katanya Kelab UMNO Mesir mendapat makluman bahawa ada exco-exco DPM dan BKAN bertandang ke rumah ahli Kelab bagi 'membasuh' fikiran bagi mengembalikan kekuatan PMRAM dan sekarang PMRAM mula berdolak-dalik membezakan BKAN dan DPM sedangkan kedua-dua badan itu bernaung di bawah PMRAM.

"Saya kira PMRAM tak perlulah berselindung lagi dengan kelemahan mereka kerana ini akan membahayakan lagi keadaan PMRAM, walaupun sekarang sedang giat melancarkan program-program 'brainwash' melalui usrah,muhasabah dan menghantar orang tertentu bertandang ke rumah ahli Kelab UMNO bagi merisik dan mengetahui rahsia Kelab UMNO Mesir."ujarnya.

Katanya, Kelab UMNO Mesir dari masa ke semasa membuat pantauan terhadap program-program PMRAM yang dijalankan secara sulit dan secara terang-terangan untuk dijadikan bukti-bukti yang kukuh bahawa PMRAM bersekongkol dengan pembangkang di Malaysia.

Menurutnya lagi,sehingga kini Kelab UMNO Mesir permohonan keahlian cukup menggalakkan kerana mahasiswa di Mesir inginkan perubahan pemikiran sebagai mahasiswa yang dinamik dan berfikiran terbuka tidak mahu lagi dikongkong dan racuni oleh PMRAM.






MUKA UTAMA

  EKSKLUSIF

ARKIB

FOUR PAGES

ARTIKEL

ALUMNI

SENARAI KELAB 

BUKU TAMU

MAKLUMBALAS 

NUMRAM

Seulas Bicara

Sejarah

Organisasi

MAIL & SMS SITES

Yahoo !

Hotmail

ICQ Mail

Sms.ac

1rstwap

MAKLUMAT

Al-Azhar

Waktu Solat

Audit Zakat

SPA

Tukaran Wang

Maklumat Egypt

Bicarasufi

Suluk Online

Al-Ahkam Online

Check Bill Telefon

 

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir