Eksklusif

Kaherah 22 Jan: Perdana Menteri,Datuk Sri Dr.Mahathir Mohammad sekali lagi diberi penghormatan untuk berucap di Al-Azhar Conference Hall yang bertajuk "Perpaduan Ummah Dalam Menghadapi Cabaran dan Ancaman"
Beliau membidas umat Islam yang membuat penafsiran al-Quran mengikut kepentingan diri dan beliau menyelar pihak yang mengetepikan asas ajaran agama suci itu sehingga umat Islam berpecah dan lemah.
Beliau turut mengkritik umat Islam yang sanggup membiar diri dimanipulasi,bersekongkol dengan musuh Islam menentang saudara seagama.

"Umat Islam tidak seharusnya mempunyai negara dan diasingkan mengikut bangsa dan negara.Mereka semua adalah anggota masyarakat Islam yakni Ummah.Tetapi kini umat Islam telah berpecah sesama sendiri menjadi negara yang berbeza dan kesetiaan mereka kepada negara masing-masing mengatasi agama."


"Demi kepentingan negara masing-masing,mereka bersedia untuk berlawan dengan saudara Islam lain,sanggup berpecah dan menyertai kem lawan termasuk dari kalangan musuh Islam," katanya.
Bagaimanapun Dr.Mahathir sendiri,ketika menutup ucapannya dengan rendah diri mengatakan akan ada pihak yang mempersoalkan kelayakan beliau memperkatakan tentang Islam.


Golongan yang tidak berfikiran terbuka inilah yang dibimbanginya akan meracuni pemikiran umat Islam dengan topeng keislaman mereka.
Lebih 2,000 orang termasuk Sheikhul Al-Azhar,para ulama,ilmuan.pelajar Malaysia dan antarabangsa memenuhi dewan untuk mendengar ucapan beliau.Ini merupakan penghormatan kedua dalam tempoh lima tahun,Perdana Menteri diberi penghormatan berucap di Al-Azhar yang termasyhur didunia.

                                               

 

MUKA UTAMA

EKSKLUSIF

BERITA KELAB

SEJARAH NUMRAM

ORGANISASI

ALBUM AKTIVITI

SEULAS BICARA

CORETAN 

IKLANEKA

MAKLUMBALAS

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir