Eksklusif

Sikap Pelajar Al-Azhar Mesti Ditangani

Kaherah-22 Jan: Pengerusi Kelab UMNO Mesir,Ahmad Sanusi Md.Noor dan Timbalannya,Mohd.Hariran Jusoh menyuarakan rasa tidak puashati dengan tindakan Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM) yang sering menghasut dan menganggu supaya membenci pemimpin negara yang datang bekunjung ke Mesir.Isu-isu yang dibawa oleh kumpulan itu pula sama rentaknya dengan apa yang dibangkitkan oleh pembangkang di Malaysia.Namun,katanya,sejak setahun lalu saja,Kelab UMNO Mesir sudah dapat menarik 700 pelajar dan 80 pelajar perempuan menyertai kelab itu hasil program ilmiah yang dianjurkan oleh badan berkenaan.


"Kehadiran pemimpin negara turut menyedarkan dan membuka minda pelajar Al-Azhar di sini.Misalnya,hasil pertemuan pelajar Malaysia dengan Menteri-menteri Besar.
Beliau berharap lebih ramai pemimpin kerajaan, terutama Menteri Besar,menemui pelajar di Mesir kerana kesannya cukup positif.Justeru,katanya,Kelab UMNO Mesir juga merancang mengadakan konvensyen dan akan mengundang Menteri Besar bagi menjelaskan lagi bahawa Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri di Mesir enggan untuk berdaftar dengan Kedutaan Malaysia Kaherah.

"PMRAM yang ditubuhkan pada 1930,asalnya disertai oleh pelajar dari nusantara Melayu,termasuk Malaysia,Brunei dan Singapura.Bagaimanapun,PMRAM kini dikuasai pelajar Malaysia apabila pelajar dari negara nusantara lain berdaftar dengan kedutaan masing-masing.PMRAM yang didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Mesir tetapi dalam masa yang sama mereka mengikut rentak pembangkang di Malaysia kerana mana-mana pelajar yang tidak menyertai dan berpaling dari kumpulan tersebut dipulau dan difitnah yang tidak sepatutnya berlaku kepada saudara seagama sehingga sesetengah ahli mereka menjadi ekstrem dalam agama sebagaimana yang telah berlaku semasa kedatangan Tan Sri Datuk Abdul Hamid Othman ke Tanta dan Damanhur pada bulan 8 tahun lepas dengan menggunakan kata-kata yang biadab dihadapannya , "katanya.

MUKA UTAMA

EKSKLUSIF

BERITA KELAB

SEJARAH NUMRAM

ORGANISASI

ALBUM AKTIVITI

SEULAS BICARA

CORETAN 

IKLANEKA

MAKLUMBALAS

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir