Make your own free website on Tripod.com

SEJAMBAK ERTI SEBUAH KESATUAN

Sebuah badan kebajikan, memberi erti sebagai sebuah kesatuan atau kelab yang ditubuhkan oleh sekelompok pelajar. Tujuan Kelab ini ditubuhkan adalah di atas dasar kebajikan dan memberi bakti kepada pelajar, tidak kira samada berbentuk kepentingan pembelajaran atau kewangan berbentuk tabungan kepada pelajar.

Jesteru itu,maka Nadi (Kelab) UMNO Malaysia Republik Arab Mesir (NUMRAM) ditubuhkan. Tanggal awal November 1982 Kelab ini ditubuhkan bagi memberikan dan menjaga kebajikan dan keilmuan kepada pelajar Malaysia yang menuntut di Perlembahan Nil. Berdasarkan kepada cogan kata Berilmu Beramal Beriman, Kelab ini telah menyusun beberapa agenda dan program kebajikan kepada para penuntut Melayu supaya dengan  program-program yang direncanakan akan dapat menanamkan rasa kasih sayang kepada Agama,Bangsa dan Negara. Adunan daripada khazanah Al Azhar dan gugusan-gugusan ilmu di Perlembahan Nil ini dapat membudayakannya didalam kehidupan seharian. Kelab UMNO, walaupun bernaung dengan sebuah parti politik, tetapi ia tidak membawa para pelajar ke arah tersebut. Kefahaman ini haruslah ditangani dengan akal yang waras dan bijaksana dalam menafsir konsep kebajikan, pertolongan, dan pembelajaran dengan konsep politik yang tidak sihat dan bersifat kontra terhadap negara dan kenegaraan sendiri.

Antara konsep atau semangat yang ditanam dalam Kelab UMNO ini ialah sifat cintakan Agama, semangat sayangkan negara,menghayati detik-detik kebebasan negara daripada penjajah dan mengambil iktibar bagaimana bangsa Melayu memperjuangkan Negara dari cengkaman penjajah serta dapat bersama pimpinan dalam menangani permasalahan kenegaraan serta memberi kebajikan yang sepenuhya untuk sesama pelajar. Program-program yang diatur juga berupa kerealisasian matlamat tema di atas. Antaranya ialah:

kursus-kursus komputer -kursus penyelenggaraan komputer, pemasangan, program-program terbaru dan utama serta beberapa konsep pemkomputeran.Kursus ini merupakan kursus tahunan yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Mesir supaya anak-anak Melayu tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat.

jati diri kenegaraan –memberi maklumat terperinci mengenai konsep warganegara, konsep tanggungjawab terhadap negara, bersama-sama negara dalam menangani masalaha kenegaraan dengan dunia luar dan memahami konsep keamanan.

organisasi dan pengurusan –penyusunan proses-proses pengurusan yang sistematik, kepimpinan dan kesetiausahawanan, pengurusan organisasi.

penulisan dan kewartawanan –pengajaran mengenai kaedah-kaedah penulisan, slot-slot penulisan, konsep ilmiah dan kreatif, kewartawanan, idealisme wartawan, etika dan pengurusan penerbitan bahan-bahan penulisan.

rumah tangga –pengurusan kerumahtanggaan, suami terpilih, isteri mithali, kekeluargaan, kesihatan dan kehidupan.

sesi pengajian ilmu-ilmu moden dan turath –Simposium-simposium keagamaan, pembentangan kertas kerja-kertas kerja hukum-hukum syariah, adab-adab kebudayaan agamawan, turath dan majlis-majlis kebesaran Islam dan penghayatan ilmu-ilmu secara terperinci melalui penulisan-penulisan.

kursus kewangan dan perbankan secara Islam –Konsep-konsep perbankan secara Islamiah, Syariah dan penghapusan sistem riba dan gharar, pengenalan usul feqh dalam pengurusan Bank Syariah, aplikasi perbankan Syariah dalam Malaysia serta implikasi keekonomian Islam.

kursus kerjaya –penyediaan untuk memasuki pejabat dan keperjabatan, pengurusan fail-fail kesetiausahawanan, sistem pejabat secara elektif dalam konsep agama.

lain-lain –kursus-kursus dan program-program yang bermanfaat senantiasa difikirkan oleh kepimpinan demi memberi input kebajikan yang terbaik dan wajar kepada ahli-ahli. Kepimpinan sentiasa juga menerima cadangan-cadangan yang berfaedah  demi kelansungan ahli-ahlinya dari semasa ke semasa.

Kelab UMNO Mesier juga tidak ketinggalan dalam memberi maklumat yang tepat mengenai isu-isu negara kepada ahli. Sejelasnya setiap kesatuan memberi keutamaan kepada ahli-ahlinya dalam membuat sesuatu program

Kerana hal tersebut, Kelab UMNO Mesir dan pimpinan yang menggerakannya membawa bersama matlamat menjadikan para siswa/si sebagai agamawan yang berkaliber dan betul-betul berwibawa dan berguna  kepada Agama, Bangsa dan Negara. Program-program kewarganegaraan dan keagaman juga dianjurkan demi memberi faedah yang sewajarnya kepada ahli. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala: “Sesungguhnya lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang Muslim, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang Mukmin, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang benar dan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang sabar, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang khusyuk, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang bersedekah, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang bersedekah, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang berpuasa, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang banyak menyebut nama-nama Allah (zikir), Allah akan menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” Al Ahzab: 35

Rombakan Baru Perlantikan AJKT NUMRAM  

Pada 1 September 2002 bagi menyelaraskan organisasi AJKT dan kelancaran gerak kerja NUMRAM telah melantik dua orang ahli bagi memenuhi dua jawatan AJKT NUMRAM yang diantara terpenting. Pertamanya saudara Wan Sobri Bin Wan Nasir ahli kelab berasal dari Kuala Lumpur dilantik sebagai Ketua Penerangan NUMRAM dan Shekh Sirhan Bakatal Bin Ahmad Bakatal ahli kelab berasal dari Johor dilantik sebagai Ketua Biro Perhubungan Antarabangsa Dan Protokol bagi sesi 2002/03.

Manakala saudara Mohd Khairy bin Zulkiply telah dilantik memangku Ketua Biro Sukan Dan Lawatan menggantikan saudara Zuhaimy Zahari yang pulang bercuti ke Malaysia pada 7 hb September lepas

Perlantikan Ketua Badan Perhubungan Negeri & Ketua Cawangan 

Setelah diberi cadangan dan dipersetujui oleh semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dalam mesyuarat AJKT NUMRAM yang telah diadakan pada 15 September yang lalu, dibawah tanggungjawab Ketua Penerangan telah melantik Ketua Badan Perhubungan NUMRAM bagi setiap negeri dan Ketua Cawangan NUMRAM bagi setiap muhafazah. Tujuan perlantikan ini bagi memperkemaskan hubungan NUMRAM dengan semua ahli dan menjamin kebajikan ahli.

Negeri-negeri yang telah dilantik ialah Kuala Lumpur, Kelantan, Sabah, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Melaka, Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang. Manakala bagi muhafazah pula ialah Damanhour, Tanta, Iskandariah, Mansurah, Dumyat, Shibin El-Kom, Zaqazik dan Syoubra.

Bagi negeri-negeri yang belum mempunyai Ketua Perhubungan dan bagi Muhafazah baru yang belum mempunyai Ketua Cawangan bolehlah mencalonkan wakil anda kepada Ketua Penerangan.

Menurut salah seorang Ketua Badan Perhubungan negeri mengenai perlantikan itu merupakan tindakan yang paling tepat memandangkan jumlah ahli Kelab UMNO Mesir semakin bertambah kepada seramai 512 orang ahli setakat ini. Manakala negeri yang paling ramai keahliannya ialah Kelantan seramai 155 orang. Saya berjanji dengan perlantikan ini akan mejalankan tugas dengan amanah bagi negeri saya. Saya akan memastikan ahli-ahli bagi negeri saya berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah sejajar dengan arahan terbaru pihak JPMK, dan meningkatkan semangat berlumba-lumba dalam menuntut ilmu serta tanamkan sifat cintakan negara. Apa guna kita berpolitik di sini sedangkan ilmu kosong di dada sehinggakan ada yang gagal dalam pengajian gara-gara terlalu ghairah berpolitik dan memulau orang melalui persatuan pelajar dengan mengatakan pelajar-pelajar yang mengambil tariqat, memasuki pusat pengajian MALTAF dan berpakain seluar jeans serta tidak berkopiah diantara pelajar yang mengetepikan persatuan dan bukan daripada ahli-ahli mereka. Dan apa guna kita menentang kerajaan Islam Malaysia sekarang sedangkan ada saluran-saluran yang disediakan bagi memperbaiki kekurangan dalaman dan bukannya meruntuhkan kerajaan yang sedia ada yang pastinya akan menghasilkan kemudaratan kepada negara dan perpecahan masyarakat Islam Melayu di Malaysia.

Harapan daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi NUMRAM, semoga ahli-ahli peka dan memberi kerjasama kepada Ketua-Ketua yang dilantik demi memajukan NUMRAM melalui negeri-negeri dan cawangan-cawangan. Kita percaya dengan sifat kasih sayang dan ukhuwah dalam kesatuan serta semangat kerjasama ini akan diredhai dan diberkati Allah swt dan dipermudahkan usaha-usaha kita di Mesir, Malaysia dan Akhirat insyaAllah.

Kursus Pra Perkahwinan 

Pada hari Jumaat 13 September 2002 di bawah Ketua Biro Agama NUMRAM, saudara Azhar Jaafar telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan kepada ahli Kelab UMNO Mesir sebagai persiapan sebelum memasuki alam rumah tangga. Program ini itu dirasmikan oleh Ayahanda Wan Bakar Wan Dagang Pengarah JPMK yang diadakan di Dewan Kelab Umno Mesir Rabaah Adawiah.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang cukup berkaliber dan berpengalaman. Slot pertama di bawah tajuk Undang-Undang keluarga Islam disampaikan oleh Ustaz Mohd Damiri Bin Yahya, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, dan manakala slot kedua di bawah tajuk Hubungan Suami Isteri disampaikan oleh Ustaz Kamarussaman Bin Yaakob Pegawai agama Majlis Agama Islam Alor Gajah, Melaka.

Penyertaan daripada ahli Kelab dan bukan ahli Kelab amat menggalakkan, hampir lima puluh orang telah mendaftar dan mengikuti kursus tersebu

Kursus Perbankan Kewangan Islam 

Di atas keperihatinan kerajaan Malaysia kepada pelajar-pelajar Malaysia dalam jurusan agama di Mesir, dibawah Kelab UMNO Mesir telah menganjurkan Kursus Perbankan Islam dengan kerjasama Islamic Banking And Finance Institute Malaysia ( IBFIM ). Kursus peringkat sijil ini terbuka kepada seratus orang pelajar dan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar di tahun akhir dan graduan-graduan yang akan pulang.

Sambutan kepada kursus ini amat menggalakkan dan pihak pengurusan dibawah Pemangku Ketua Biro Penerbitan saudara Shekh Sirhan Bakatal Bin Bakatal yang juga selaku Ketua Biro Perhubungan Antara Bangsa Dan Protokol telah membahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan seramai lima puluh orang. Kumpulan pertama diadakan kelas mereka pada jam 8. 00 pagi dan kumpulan kedua bermula kelas pada jam 2.00 tengahari. Dewan Kelab UMNO Mesir Rabaah Adawiyah telah dipilih untuk diadakan kursus tersebut kerana dilihat agak sesuai dan selesa dengan bilik berhawa dingin dan kerusi bermeja. Introductory Course in Islamic Banking ini diajar dalam dua modul. Modul pertama diajar oleh Ustaz Mohd Bakir Bin Haji Mansor dan Modul kedua diajar oleh En. Ahmad Sanusi Bin Husain dan En. Ahmad Mazlan Zulkifly. Manakala seorang lagi En. Mohd Nasir Bin Ismail sebagai pengedali perjalanan kelas dan peperiksaan.

Kursus Perbankan Islam ini bermula pada 19 September iaitu hari pendaftaran dan taklimat. Seterusnya kelas bermula pada 20 sehingga 27 September. Manakala hari yang menentukan peserta kursus sama ada berjaya atau tidak mendapatkan sijil, iaitu hari peperiksaan diadakan pada 28 hb september 2002.

Pihak NUMRAM merakamkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan IBFIM diatas pemerhatian dan kerja sama yang diberikan

Piala Duta Kali Ke-II  2002 

Pada tahun ini sekali lagi pihak Kelab UMNO Mesir akan menganjurkan Piala Duta buat kali yang kedua yang dinamakan Piala Duta 2002. Bagi memastikan lebih banyak penyertaan daripada Persatuan-persatuan pelajar di Perlembahan Nil ini, melalui acara tersebut pihak Kedutaan Malaysia di Mesir dan Syarikat Penerbangan Malaysia M.A.S telah menawarkan hadiah-hadiah yang lebih lumayan dan menarik berbanding tahun lepas. Di antaranya selain daripada piala dan wang kepada pasukan-pasukan dan pemain-pemain yang layak menerimanya, lebih lumayan ialah dua tiket oneway penerbangan M.A.S untuk Pemain terbaik dan pengurus terbaik. Manakala johan pada tahun ini akan diberi piala beserta wang 1000.00 pound mesir dan rehlah percuma ke Semenanjung Sinai. Pastikan sebarang pasukan yang menyertai Piala Duta 2002 ini tidak terlepas peluang daripada hadiah-hadiah yang disediakan.

Pengarah Kejohanan Piala Duta 2002 pada tahun ini ialah saudara Khairy Bin Zulkiply selaku pemangku Ketua Biro Sukan Dan Lawatan Saudara Zuhaimy Bin Zahari yang telah pulang bercuti ke Malaysia pada 7 September yang lalu. Pengarah kejohanan merupakan graduan Maahad Qiraat Shoubra yang akan pulang tidak lama lagi. Kejohanan Piala Duta 2002 akan berlangsung pada 1 hb. Oktober sehingga 6 hb. Oktober 2002. Bagi memastikan kelancaran kejohanan, adhoc Piala Duta 2002 telah mengadakan tiga kali mesyuarat. Kali keempat dan yang terakhir mesyuarat adhoc Piala Duta 2002 akan diadakan di Dewan Komplek Pahang iaitu pada 29 hb Oktober bersempena tarikh tutup penyertaan dan pengundian pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan.

Sementara itu, tidak ketinggalan juga kepada para penonton yang datang menyaksikan kejohanan ini, pihak penganjur menyediakan cabutan bertuah pada setiap hari perlawanan. Hadiah-hadiahnya juga tidak kurang lumayan dengan sumbangan-subangan daripada pegawai-pegawai di kedutaan dan penyumbang-penyumbang peribadi. Pastikan penonton-penonton daripada ahli Kelab Umno Mesir dan semua warga Malaysia di Mesir ini tidak ketinggalan daripada cabutan bertuah tersebut. 

Rehlah Saidah Ke Hurgada Dan Luxor 

Pada 8 hb Oktober 2002 yang akan datang, di bawah Biro Sukan dan Lawatan akan mengadakan Rehlah Saidah musim panas ke Hurgada Dan Luxor selama 4 hari 3 malam. Pengarah program rehlah ini ialah saudara Alias bin Ismail selaku Ketua Biro Kebajikan NUMRAM 2002/03 sebagai mengambil alih tugas di atas kepulangan Ketua Biro Sukan dan Lawatan.

Tambang rehlah yang ditawarkan cukup menarik dan menjimatkan dengan hanya 100.00 Pound Mesir untuk ahli kelab dan 140.00 Pound Mesir untuk pelajar-pelajar di Mesir yang bukan ahli. Harga yang ditawarkan ini merupakan di antara yang termurah yang pernah ditawarkan oleh persatuan-persatuan kebajikan pelajar di perlembahan nil ini. Kebiasaannya harga yang ditetapkan untuk rehlah ke Hurgada adalah sebanyak 190.00 Pound Mesir bagi setiap seorang. Ini menunjukkan N.U.M.R.A.M amat menitik beratkan kebajikan dan tidak membebankan ahli dalam setiap program yang dianjurkan malahan turut membantu bagi meringankan bebanan. Jauh sekali mengutamakan keuntungan atau menjadikan pesatuan kebajikan sebagai tempat berniaga. Harga yang ditawarkan ini juga turut memberi peluang kepada yang bukan ahli Kelab UMNO Mesir. Kepada yang berminat boleh mendaftarkan nama kepada pengarah program atau A.J.K.T. N.U.M.R.A.M di talian nombor telefon pejabat NUMRAM, Rabaah Adawiyah, Kaherah, 02 4053498.

DISEDIAKAN OLEH:

KETUA PENERANGAN NUMRAM 2002/03

30 SEPTEMBER 2002

 

[[MUKA UTAMA] [BERITA KELAB] [SEJARAH NUMRAM

[ORGANISASI] [ALBUM AKTIVITI] [CORETAN] [FOUR PAGES] [IKLANEKA]

 [MAKLUMBALAS]