Make your own free website on Tripod.com

 

   

 

 

 

 

 
   
 

Sejarah NUMRAM

Tanggal 31hb.Ogos 1982 sejarah telah menyaksikan sebuah lagi Kelab UMNO di seberang laut ditubuhkan.Kelab tersebut ditubuhkan di Kaherah dan dikenali dengan nama NADI (KELAB) UMNO MALAYSIA REPUBLIK ARAB MESIR (NUMRAM).Perasmian NUMRAM telah dilakukan oleh Y.A.B Dato`Musa Hitam bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat bersamaan 5 hb.November 1982.

Penubuhan NUMRAM telah diilhamkan dan menjadi kenyataan hasil tajaan juga dorongan Y.B En.Abdul Rahim Bin Dato` Tamby Chik (Y.A.B Dato` Seri) Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan sewaktu kunjungan beliau ke Kota Kaherah sedikit masa dahulu dengan direstui Y.A.B Dato` Seri Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia.

Dalam pertemuan beliau dengan pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah satu Jawatankuasa Penaja telah dibentuk bagi menelopori pergerakan NUMRAM, saudara Idris Bin Imam Awang telah diberikan kepercayaan untuk mengetuai Jawatankuasa Penaja tersebut. Dengan bantuan asas dari UMNO Pusat, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kelab UMNO Malaysia London, maka Jawatankuasa Penaja NUMRAM pun bergerak dibawah naungan penaung pertamanya Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

Dikaji dari sudut undang-undang Kerajaan Mesir, satu pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Penubuhan Kerajaan Mesir dan NUMRAM telah diletakan dibawah naungan Persatuan Persahabatan Mesir-Malaysia yang di pengerusikan oleh Senator Muhanddis Umar Marie Ahli Syura Kerajaan Mesir (Senet). Dengan pengiktirafan tersebut tidak akan ada pihak lagi yang akan mempertikaikan kewujudan Nadi (Kelab) UMNO Malaysia Republik Arab Mesir (NUMRAM).

Konsep NUMRAM

Faktor pengajian Islam di Mesir, kedatangan pelajar-pelajar Malaysia dari masa ke semasa bertambah ramai, kekurangan kebajikan dan perkembangan isu-isu semasa dari tanahair telah menjadi konsep utama kewujudan utama NUMRAM untuk menabur bakti di kalangan anak Melayu di sini.

NUMRAM tidak pernah menafikan kemunculan badan-badan lain yang ada disini, bahkan dasar kerjasama sentiasa dijalinkan termasuk Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Matlamat NUMRAM

Konsep NUMRAM diperkembangkan dengan beberapa aktiviti untuk mencapai matlamat-matlamat seperti berikut:

i-Menyatupadukan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir khususnya yang menjadi anggota Nadi dan rakyat Malaysia dengan tujuan untuk menegakkan syiar Islam dan mendokong cita-cita Agama, Bangsa dan Negara serta mendokong dasar perlembangaan Negara.

ii-Untuk mengambil langkah-langkah dan memainkan peranan utama kepada pelajar- pelajar dalam urusan kebajikan, keselamatan, bantuan kewangan dan masalah-masalah yang berkaitan dengan pengajian dan kemajuan pelajaran.

iii-Membela hak dan menjaga kepentingan orang-orang Melayu di Mesir

iv-Melahirkan dan menimbulkan rasa kasih-sayang serta perpaduan di antara rakyat

Malaysia yang berada di Republik Arab Mesir serta persefahaman di antara pelbagai kaum di Malaysia

v-Menyediakan kemudahan-kemudahan latihan dan melahirkan pendapat serta kesimpulan menerusi majlis ceramah dan lain-lain aktiviti dalam bidang Agama, eko nomi, politik, pelajaran, sukan, kemasyarakatan dan kepimpinan.

vi-Mengambil daya utama dengan memberi peluang dan keutamaan kepada bekas ahli-ahli NUMRAM untuk menyambung tenaga dan perkhidmatan dengan lebih berkesan apabila pulang ke Malaysia.

 4.Keahlian

Pada peringkat awal penubuhan Kelab UMNO Mesir, kemasukan ahli pada ketika itu dalam jumlah 150 orang . Sambutan untuk memasuki kelab ini didapati bahawa tidak memuaskan ini kemungkinan berlaku disebabkan lahirnya unsur-unsur negatif iaitu tentangan dan tohmahan yang melampau diajukan kepada kelab sehingga ramai dikalangan pelajar takut mendekati NUMRAM. Kemudian selepas pada itu, sikap keperihatinan pemimpin-pemimpin UMNO pusat telah membawa sedikit perubahan di mana jumlah ahli semakin meningkat,perubahan ini terhasil daripada saluran kebajikan yang diutamakan ini oleh pihak kerajaan.Dari tinjuan mutakhir ini minat pelajar-pelajar terhadap kelab kian bersinar semula.Jumlah ahli yang berdaftar ialah kepada jumlah 600 orang.jadi penerimaan dan sokongan mereka amat membanggakan kami serta pihak UMNO pusat. 

 

MUKA UTAMA

EKSKLUSIF

BERITA KELAB

SEJARAH NUMRAM

ORGANISASI

ALBUM AKTIVITI

PETIKAN 

IKLANEKA

MAKLUMBALAS 

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir