Make your own free website on Tripod.com

 Sejarah Pergerakan Wahabi

SEJARAH RINGKAS MUHAMMAD ABDUL WAHAB

 Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi at-Tamimi ( gambar) di lahirkan pada tahun ( 1115H-1119 @ 1703-1787M ) di daerah Najd .Sebenarnya ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Tahun 1690M/1111H merupakan   pendapat Shaikh  Zaini Dahlan Mufti Mekah juga ahli sejarah sementara .Pada tahun 1694M/1115H adalah  Golongan Wahabi  manakala  pada 1703M/1124H adalah ahli sejarah  Barat. Muhammad Iqbal mengatakan beliau lahir pada 1700M/1121H.

Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad Abdul Wahab akan menyesatkan umat Islam, kita sendiri telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi " Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati )" .Banyak hadis-hadis lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan sebahagian daripada kenabian, perstiwa tersebut terbukti benar apabila berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga, membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya secara tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan politk, adalah antara faktor dakyah Muhamaad ,meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd.

ABDUL WAHAB MEMULAKAN PERGERAKAN DAN SERANGAN 

 Ahli Najd  terbahagi kepada dua  golongan , badwi dan moden. Golongan moden mengamalkan perniagan manakala golongan badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama kabilah bagi menguasai wadi,kawasan ternakan dan sebagainya. Kabilah Najd pada ketika itu terdiri dari  Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani, ad-Dawasir, Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al Khalifah ( Baharin ) Zafir dan banyak lagi. Kawasan Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut terpencil dan merupakan kawasan pendalaman.

Muhammad Abdul Wahab ke Iraq dan berbincang dengan beberapa ulama' fuqaha' lalu memberikan dan menyatukan beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau dimarahi dan diusir, kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan melahirkan pandangan baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad Abdul Wahab melarikan diri ke al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya ( Amir al-Uyainah ).Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di  al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah ke ad-dar'iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada 1165H / 1744M.

ULAMA AL-HARMAIAN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Ketika mana Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama' al-Harmain serta memasukkan beberapa syubahat dan muslihat. Kemudian Ulama' al-Harmain (diantara mereka ialah As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi) bangkit lantas menolak dengan memberikan beberapa keterangan dan hujjah sehingga melemahkan mereka  Akhirnya Ulama' al-Harmain menegaskan bahawa golongan Wahabi ini adalah jahil dan sesat, setelah meneliti bahawa aqidah yang dibawa olehnya adalah mengkafirkan umat Islam. Ulama' Harmian pun menulis sepucuk surat lalu diajukan perkara tersebut kepada Qadhi as-Syar'e Mekah, yang akhirnya menjatukan hukuman kepada  mereka yang mulhid ini dipenjara, malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya meloloskan diri ke ad-Dar'iyah ( sekarang  ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad ) dengan perasan sombong dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid yang wafat pada 1153H/1732M.

Muhammad bin Abdul Wahab pula telah wafat pada tahun 1206H/1792M ketika berumur 90 tahun. Seterusnya gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah bin Abdul Wahab.

WAHABI MENYERANG MEKAH DAN TAIF

 Apabila pembesar-pembesar Mekah menyekat kemasukan golongan Wahabi untuk mengerjakan Haji, lalu mereka menukar strategi dengan membahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama di bawah kesetiaan Amir Mekah yang hanya bersedia untuk berperang sesama mereka iaitu kumpulan kedua dan Amir Mekah  As-Syarif  Ghalib  b. Musaaid b. Said b. Saad  b. Zaid. Lantaran itu, berlakulah pertempuran yang mengakibatkan ramai yang terkorban seterusnya golongan Wahabi dapat menyebarkan dakyah mereka lalu membentuk tentera yang terdiri daripada kabilah-kabilah badwi di bawah pemerintahan Amir Mekah. Pada tahun 1217H / 1802M tentera-tentera Wahabi sampai di Taif dan mengepungnya pada bulan Zul Qa'edah 1217H, lalu menawan dan membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak ,sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman Wahabi. Setelah itu mereka merampas dan merosakkan segala harta benda serta melakukan keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke Mekah. Apabila mereka mengetahui pada bulan tersebut ramai jemaah haji terutamanya dari Syam dan Mesir, boleh jadi mereka akan diserang, lalu mereka bercadang untuk menetap seketika di Taif, sehinggalah selesai musim haji. Setelah jemaah haji pulang ke negara masing-masing, golongan Wahabi pun menuju ke Mekah, Amir Mekah as-Syarif Galib pada ketika itu tidak mampu menyekat kemaraan bala tentera Wahabi yang pada ketika itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya dihidu oleh penduduk Mekah sehingga  mereka berasa amat takut apa yang berlaku di Taif akan menimpa mereka. Namun demikian, penduduk Mekahtidak dapat membuat apa-apa persediaan untuk menghadapi mereka. Pada Muharram1248H, golongan ini telah berjaya memasuki Kota Mekah dan menetap di sana selama 14 hari. Dalam tempoh masa inilah mereka melakukan kerosakan serta membuat ketetapan laranganmenziarahi makam nabi-nabi dan solihin.

 Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke Jeddah untuk membunuh Amir as-Syarif. Setibanya di sempadan Jeddah, golongan Wahabi telah diserang olehtentera Amir mekah yang menatijahkan  mereka menerima kekalahan teruk. Kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini megakibatkan mereka berundur dan pulang semula ke Mekah.

 WAHABI MENAWAN MEKAH DAN MADINAH.

 Selepas 8 hari, lalu golongan Wahabi mengumpulkan bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang Amir as-Syarif Abdul Mu'ain iaitu saudara as-Syarif Ghalib, serta cuba berbaik-baik semula dengan penduduk Mekah dan memburuk-burukan mereka.

Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung penduduk Mekah serta memutuskan segala bekalan makanan sehingga menyebabkan penduduk Mekah kelaparan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan ini, Amir Mekah terpaksa mengadakan perjanjian dan perdamian, antara syarat perjanjian tersebut hendaklah berbaik-baik  dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul Qa'edah 1220H, mereka berjaya memasuki kota Mekah dan Madinah. Setelah tiba di Madinah , mereka menceroboh 'Bilik Nabi' dan mengambil semua harta benda termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan perak, permata, zamrud yang tidak ternilai harganya, lalu melakukan beberapa perkara keji dan jelek, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama' melarikan diri antaranya Shaikh Ismail Al-Barzanji, Shaikh Dandrawi dan ramai lagi .Kemudian mereka menghancurkan semua qubah di perkuburan Baqe' seperti qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi , lalu mereka cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda Rasulullah s.a.w. , apabila mereka melihat di kubah tersebut terdapatnya  “ lambang bulan sabit “ yang pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas tulin, mereka mereka menarik balik keputusan tersebut. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang  telah memalingkan mereka daripada perbuatan keji dan melampau itu.Mereka juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia kepadanya. Kota Madinah akhirnya di tinggalkan dalam keadaan sepi selama beberapa hari tanpa azan, iqamah dan solat. ( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul an-Nazirin fi Tarikh Masjid al-aw'walin wal akhirin oleh Jaafar bin Syaid Ismail al-Madani al-Barzanji)

Mereka juga melarang kemasukan jemaah haji dari Mesir dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja seperti menenun kelambu Kaabah dan seumpamanya. Mubarak b. al-Mudayyiqi akhirnya telah dilantik menjadi Amir Wahabi pemerintahan mereka berlalu selama kira-kira 7 tahun.

SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI 

 Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali Basha pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan seramai 8-10 ribu tentera untuk memerangi pelampau-pelampau Wahabi pada tahun 1226H, lalu beliau melantik anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir pada bulan Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan darat. Akhirnya berlakulah pertempuran yang maha dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah kira-kira 90km)  sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah tentera Mesir telah terkorban dan setengahnya pula gagal  pulang ke Mesir. Kemenangan yang dicapai oleh golongan Wahabi ini, adalah disebabkan oleh sokongan daripada beberapa kabilah badwi  seramai 10 ribu orang yang telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir. Peristiwa yang bersejarah lagi berdarah ini berlaku pada bulan Zul Hijjah 1226H/1805M. Sebenarnya tentera Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30  ribu tentera Wahabi yang telah mengepung di bahagian Barat di bawah pimpinan  al-Amir Faisal

SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI

 Keazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju ke Hijaz pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya. Setelah itu beliau bersama tenteranya menguasai as-Safra' dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa'edah . Kemudian beliau menguasai pula di persisiran pantai Jeddah pada awal bulan Muharram 1228H, lalu terus menuju ke Mekah dan menguasainya di sana.Pada bulan Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha  memerintahkan para utusannya ke Darul Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki bersama  mereka anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif. Pada bulan Syawal 1228H Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz  ,as-Syarif Ghalib telah menangkap Osman al-Mudayyiqi  yang merupakan Amir Wahabi di Taif, kemudian menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah  dan  dihukum bunuh. Setelah Muhamad Ali Basha tiba di Mekah pada bulan Zul Qa'edah, beliau menangkap pula as-Syarif Ghalib ibnu Musa'd lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian beliau  melantik pula anak saudaranya As-Syarif Yahya bin Surur ibnu Musa'd untuk dilantik sebagai pemerintah di Mekah Pada bulan Muharam tahun 1229H Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi Madinah lalu menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah lalu  dihukum bunuh, kepalanya di gantung di “ Bab As-Saraya ” sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Osman al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah dihantar ke Salanik  di Turki dan tinggal di sana dengan mendapat penghormatan sehingga beliau wafat  dan dikebumikan pada 1231H.

Pada bulan Sya'ban 1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi telah mengutus tenteranya ke Turbah, Bisyah, Ghamid, Zahran dan 'Asir untuk mengesan dan menjejaki serta memerangi golongan Wahabi lalu berhasrat untuk membinasakannya sehingga ke akar umbi .Setibanya di Darul Wahabi mereka terus memerangi golongan Wahabi dan menawanya kemudian memusnahkan negeri mereka .Pada bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud Wahabi meninggal dunia lalu digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud. Muhammad Ali Basha kembali semula ke Darul Wahabi semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir setelah meninggalkan Hassan Basha di Mekah. Muhamad Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan bulan Rejab 1230H, ini menjadikan tempoh beliau di  Hijaz kira-kira 1 tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir setelah melaksanakan tanggugjawabnya dan tugasnya di bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa golongan Wahabi yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan selebihnya tinggal di Ad-Dar'yah kemudian  melantik Abdullah b. Saud sebagai peminpin mereka. 

BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA

Amir Wahabi Abdullah b. Saud  cuba berbaik-baik dengan Thuson Basha bin Muhamad Ali Basha (adik kepada Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah, sehingga terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan Muhammad Ali  Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha tidak menyetujuinya. Oleh kerana itu, Muhamad Ali Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk memerangi golongan Wahabi, di bawah pimpinan anaknya Ibrahim Basha(abang suluong). Pada tahun 1232H Ibrahim Basha bersama tenteranya tiba di Ad Dar'yah yang merupakan ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad, maka berlakulah pertempuran sengit yang berakhir pada bulan Zul Qa'edah 1233H dengan tertangkapnya Abdullah b. Saud Amir Wahabi.

AMIR WAHABI DIHUKUM BUNUH 

Setelah tertangkapnya Amir Wahabi, lalu beliau di bawa bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17 Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa orang askar dengan penuh kehinaan, lalu berbondong-bondonglah penduduk Mesir menyaksikan perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi memasuki Istana, maka  Muhamad Ali Basha  dengan tersenyum duduk disisinya seraya berkata ; 

Muhammad Ali Basha  : Apakah ini berterusan ( peperangan ) ?

Amir Wahabi : Ini adalah peperangan timbal balik (sekali menang dan sekali kalah ).

Muhammad Ali Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku Ibrahim Basha ?

Amir Wahabi: Beliau seorang gigih dan kuat seperti juga kami

Muhammad Ali Basha : Aku berharap pada kamu disisi Maulana as-Sultan.

Lalu mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq ,bersamanya terdapat sebuah kota kecil yang berbungkus

Muhamad Ali Basha : Apa ini ?

Amir Wahabi : Ini aku dapati daripada ayahku yang beliau perolehi di sebuah bilik sahabatnya  bersama ku.

Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar kota tersebut di buka, maka beliau dapati 3 lembaran Mushaf daripada khazanah al-Muluk yang tidak pernah dilihatnya lebih baik sebelum ini,di samping itu juga terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada zamrud.

Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di Hujrah as-Syarif ( di dalam maqam nabi)

Amir Wahabi : Aku dapatinya daripada ayahku, beliau tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif ,bahkan memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan orang-orang as-Syarif.

Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil daripada as-Syarif 

Kemudian Amir Wahabi pun di hantar ke Darul Khilafah Uthaminah ,sementara itu  Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muhaaram 1230H.,selepas beliau memusnahkan Negeri ad-Dar'yah sehinggalah golongan Wahabi meninggalkan penempatan mereka. Ketika Amir Wahabi tiba di Darul Khilafah Utmaniah pada bulan Rabi'ul Awal, beliau bersama pengikutnya diarak mengelilingi Kota Turki  untuk dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya Amir Wahabi dihukum bunuh di “Bab Hamaayun ” manakala para pengikutnya pula dihukum bunuh dari suatu sudut yang berbeza-beza. Apa yang dapat kita fahami daripada rentetan peristiwa tersebut golongan Wahabi Badwi ini kerap mengamalkan sikap berperangan dan membuat kekacawan di Semenanjung Arab, kemudian pula  bercita-cita untuk menguasai di seluruh Tanah Arab.  

SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI 

Ramai di kalangan Ulama' Mekah, Madinah, Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri daripada kalangan ulama' yang mu'tabar seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi.

Setelah mereka selesai menunaikan solat lalu menuju ke 'Bab as-Thani' mereka dapati sekumpulan orang Islam telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja oleh golongan yang ingin memasuki Masjidil Haram serta diancam untuk dibunuh, maka bertempiaranlah mereka melarikan diri dan memberitahu  golongan Wahabi   bahawa mereka adalah penduduk Mekah. Setelah itu  berhimpunlah sekelian ulama' di bahagian mimbar untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Khatib Abu Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni.  berbunyi : Wahai! Ulama',Qadhi, Mufti adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan ini…..…

( Sila rujuk beberapa Risalah Muhamad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni at-Tamimi al-Kadzabi )

Kemudian ada pula daripada Ulama', Qadhi, Mufti  bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di seluruh dunia yang datang untuk mengerjakan haji bersidang dan bermusyawarah sementara menunggu 10 Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya ulama' menghukumkan mereka kafir dan mengarahkan Amir Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan Wahabi ) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu. Barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi syahid.  Akhirnya ijmak ulama' bersepakat tanpa berlaku sebarang kekhilafan, telah menulis surat kepada Amir Mekah. Selepas menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah. Justeru itu, seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah  (Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi  rad 'al ar-Risalati an-Najdiyati  m.s.84-86 )  

 Kesimpulan yang boleh saya paparkan disini, Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya ditakrifkan sebagai Bughah iaitu sekumpulan orang Islam yang bermusuh atau ingkar kepada Pemeritah Tertinggi sehingga tertubuhnya sebuah pasukan bersenjata dan berhasrat untuk menentang  Pemerintah Tertinggi, dan mereka ini wajib diperangi setelah diberi amaran. Peristiwa seumpama ini pernah berlaku di zaman sahabat. Antaranya ialah peperangan antara Saidina Abu Bakr dengan Musilamatul Al-al-Kazab yang mengaku menjadi nabi , setelah itu peperangan Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera Muawiyah ,dan juga tentera Khawarij.  ( lihat kitab Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah m.s.171-174  Kitab  unggul Mazhab Sayafe")  ------------------------------------------------------------------------------------------

Universiti al-Azhar es-Syerif

 



Sejarah Ringkas dan Pengenalan

Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali al-Azhar, sebuah pusat pengajian yang membekalkan ramai ulama'-ulama' yang terkenal dan terbilang. Namun, tidak ramai yang mengetahui sejarah dan perkembangannya. Di halaman ini dibentangkan, sejarah dan pengenalan al-Azhar secara ringkas untuk pembacaan semua.

Ianya mula dibina oleh Kerajaan Fatimiah. Langkah pertama yang dilakukan ialah membina Masjid Al-Azhar pada hari Sabtu Bulan Jamadil Awal, tahun 359 Hijrah. Pembinaannya mengambil masa 2 tahun, dan berakhir pada hari sabtu 7 Ramadhan tahun 361 Hijrah bersamaan dengan 22 Jun tahun 972 Masihi. Pembinaan ini telah dimulakan oleh Jauhar as-Saqali seorang panglima
perang di zaman Fatimiah. Masjid ini pada awalnya dibina sebagai Masjid Rasmi bagi Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah sebagai pusat penyebaran dakwahnya dan bagi menunjukan kemajuan Kerajaan Fatimiah itu sendiri.

Keadaan ini berterusan sehingga tiba Kerajaan al-Ayubiah (Salahuddin al-Ayubi) yang berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Kerajaan al-Ayubiah ini bertungkus-lumus dalam memerangi pemikiran Syiah dan mengembangkan Mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah. Keadaan ini berterusan selama sekurun hinggalah Zaman Kerajaan Beraja di Mesir.

Majlis ilmu yang julung kali dijalankan di Masjid al Azhar pada tahun 365 Hijrah (975 Masihi) oleh Kadhi Abu Hassan Ali Ibnu An-Nu'man. Idea untuk menjadikan al-Azhar ini sebagai sebuah Maahad timbul daripada seorang Menteri yang bernama Yaaqob ibnu Kals dengan izin Khalifah Al-Azizu Billah pada tahun 378 Hijrah (988 Masihi). Dan beliau (Khalifah) menentukan ulama'-ulama'
yang mengajar disana pada setiap kali selepas mengerjakan Solat Jumaat sehingga waktu Asar, yang diketuai oleh Al-Uqbah Abu Yaaqob. Kesimpulan dari maklumat diatas, bolehlah dikatakan al-Azhar ini mula menjadi pusat pengajian semenjak awal zaman Al Fatimiah lagi.

Kemudian tibalah Zaman pemerintahan al-Ayubi dan terbinalah sekolah-sekolah dan maahad-maahad. Maahad yang pertama dibina pada zaman ini ialah Madrasah an-Nasiriah bersebelahan dengan Masjid Amru al-As yang mengajar Fekah Syafi'e. Pada tahun yang sama (566 Hijrah), Madrasah al-Qomhiyah yang mengajar Fekah Maliki dibina, juga berhampiran dengannya. Kemudian
diiukuti dengan pembinaan madrasah-madrasah yang lain, pada zaman tersebut dan zaman selepas itu, yang merangkumi pelbagai mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah. Pertumbuhan yang pesat ini berlaku pada kurun ketujuh dan kelapan, dan ia memberi kesan kepada sejarah pembelajaran di Universiti al-Azhar. Serta pertumbuhan pusat-pusat pengajian ini seolah-olah mencabar kewibawaan al-Azhar. Tetapi dengan keistimewaan- keistimewaan yang dimiliki oleh al-Azhar itu sendiri, seperti menyediakan sistem pembelajaran yang berbentuk umum bukannya khusus untuk sesuatu mazhab sahaja berbanding dengan madrasah-madrasah yang lain dan juga kedudukannya yang strategik, disamping
sokongan daripada Sultan-sultan dari segenap pelusuk negara Islam dan
juga pembesar-pembesarnya, serta tumpuan ulama'-ulama' dan pelajar-pelajar luar,
Azhar mampu menyaingi madrasah-madrasah yang lain.

Al-Azhar pernah mendapat beberapa nama dalam lipatan sejarah. Di peringkat pertama al-Azhar dikenali sebagai Jamiah Kaherah iaitu disandarkan kepada ibukota Mesir dimana masjid itu terletak. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti Rasulullah
s.a.w. yang dikenali dengan panggilan az-Zahra'. Gelaran inilah yang diabadikan pada nama masjid tersebut. Mengikut pendapat kedua pula, nama ini dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Dan yang ketiganya pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan besesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai pusat penyebaran ilmu islam. Kini masjid ini tetap utuh dan kekal walaupun ianya bukan lagi seratus
peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti di zaman beliau. Fungsinya sebagai tempat pusat penyebaran ilmu islam tetap gemilang hingga sekarang.

Sistem pendidikan al-Azhar.

Sistem pengajiaan al-Azhar dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi terletak di bawah pentadbiran Majlis Tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh al-Azhar.
Tempoh pengajian al-Azhar adalah seperti berikut :
     Peringkat rendah (ibtidaie)                6 tahun
     Peringkat menengah (i'dadi)               3 tahun
     Peringkat menengah atas (thanawi)     4 tahun
     Peringkat universiti                            4-6 tahun

Bermula sesi 1992/1993, Universiti al-Azhar mula menghantar sebahagian pelajar Malaysia ke
tujuh cawangannya di luar Kaherah iaitu Iskandariah, Damanhur, Dimyat, Mansurah, Zaqazik,
Tanta dan Shibin el-Kom. Pihak al-Azhar turut mengadakan fakulti yang berasingan di antara
pelajar lelaki dan perempuan.

Fakulti-fakulti yang terdapat bagi pelajar lelaki adalah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Bahasa Arab, Dakwah Islamiah, Usuluddin, Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Pendidikan Sains, Perubatan, Pergigian, Perdagangan, Bahasa dan Terjemahan, Farmasi, Pertanian, Kejuruteraan dan sebagainya. Manakala fakulti untuk pelajar perempuan adalah Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang terdiri daripada kuliah-kuliah Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Pengajian Kemanusiaan, Perubatan, Perdagangan, Sains dan lain-lain.

Al-Azhar dulu, kini dan selamanya telah berjaya melahirkan jutaan graduan dan cendikawan yang optimis dan komited. Ini adalah kesan daripada berkat asuhan para Syeikh yang ikhlas menabur bakti meninggikan syiar islam. Ini menjadi sumber inspirasi mahasiswa\mahasiswi seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan daripada Masyaeikh al-Azhar.

Turutan para Syiekh al Azhar ( 1101 Hijrah sehingga 1970 Masihi ).

     -Syiekh Muhammad Abdullah al Kharsi al Maliki
     -Syiekh Ibrahim bin Muhammad al Barmawi as Syafie
     -Syiekh Muhammad an Nasyrati al Maliki
     -Syiekh Abdul Baqi al Qalaini Maliki
     -Syiekh Muhammad Syanan Maliki
     -Syiekh Ibrahim Musa al Faiyumi Maliki
     -Syiekh Abdullah as Syabrawi Syafie
     -Syiekh Muhammad bin Salim al Hufni al Khalwati
     -Syiekh Abdul Rauf as Sajaini
     -Syiekh Ahmad bin Abdul Mun'im ad Damanhuri
     -Syiekh Ahmad al 'Arusi Syafie
     -Syiekh Abdullah as Syarqawi Syafie
     -Syiekh Mahmud Syanwani
     -Syiekh Muhammad 'Arusi
     -Syiekh Ahmad bin Ali ad Damhuji
     -Syiekh Hassan bin Muhammad al 'Ator
     -Syiekh Hassan al Quwaisni
     -Syiekh Ahmad as Soim as Softi
     -Syiekh Ibrahim al Bajuri
     -Syiekh Mustofa al 'Arusi
     -Syiekh Muhammad al 'Abasi al Mahdi al Hanafi
     -Syiekh Muhammad al Ambabi
     -Syiekh Hasunah an Nawawi al Hanafi
     -Syiekh Abdur Rahman an Nawawi al Hanafi
     -Syiekh Salim al Busyra al Maliki
     -Syiekh as Sayed Ali al Bablawi
     -Syiekh Abdur Rahman as Syarbini
     -Syiekh Hasunah an Nawawi
     -Syiekh Salim al Busyra al Maliki
     -Syiekh Muhammad Abul Fadli al Jaizawi
     -Syiekh Muhammad Mustofa al Maroghi
     -Syiekh Muhammad al Ahmadi az Zawahiri
     -Syiekh Muhammad Mustofa al Maroghi
     -Syiekh Mustofa Abdul Razzak
     -Syiekh Muhammad Ma'mun as Syanawi
     -Syiekh Abdul Majid Salim
     -Syiekh Ibrahim Hamrush
     -Syiekh Abdul Majid Salim
     -Syiekh Muhammad al Khadar Hussien
     -Syiekh Abdur Rahman Taj
     -Syiekh Muhammad Syaltut
     -Syiekh Hassan Ma'mun
     -Syiekh Muhammad Faham

oooooooooooooo

[MUKA UTAMA] [BERITA KELAB] [SEJARAH NUMRAM

[ORGANISASI] [ALBUM AKTIVITI] [SEULAS BICARA] [ARTIKEL] [IKLANEKA]

 [MAKLUMBALAS]

 

Hakcipta Terpelihara © 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir