Make your own free website on Tripod.com

Universiti al-Azhar es-Syerif 


Sejarah Ringkas dan Pengenalan

Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali al-Azhar, sebuah pusat pengajian yang membekalkan ramai ulama'-ulama' yang terkenal dan terbilang. Namun, tidak ramai yang mengetahui sejarah dan perkembangannya. Di halaman ini dibentangkan, sejarah dan pengenalan al-Azhar secara ringkas untuk pembacaan semua.

Ianya mula dibina oleh Kerajaan Fatimiah. Langkah pertama yang dilakukan ialah membina Masjid Al-Azhar pada hari Sabtu Bulan Jamadil Awal, tahun 359 Hijrah. Pembinaannya mengambil masa 2 tahun, dan berakhir pada hari sabtu 7 Ramadhan tahun 361 Hijrah bersamaan dengan 22 Jun tahun 972 Masihi. Pembinaan ini telah dimulakan oleh Jauhar as-Saqali seorang panglima
perang di zaman Fatimiah. Masjid ini pada awalnya dibina sebagai Masjid Rasmi bagi Kerajaan Fatimiah yang bermazhab Syiah sebagai pusat penyebaran dakwahnya dan bagi menunjukan kemajuan Kerajaan Fatimiah itu sendiri.

Keadaan ini berterusan sehingga tiba Kerajaan al-Ayubiah (Salahuddin al-Ayubi) yang berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Kerajaan al-Ayubiah ini bertungkus-lumus dalam memerangi pemikiran Syiah dan mengembangkan Mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah. Keadaan ini berterusan selama sekurun hinggalah Zaman Kerajaan Beraja di Mesir.

Majlis ilmu yang julung kali dijalankan di Masjid al Azhar pada tahun 365 Hijrah (975 Masihi) oleh Kadhi Abu Hassan Ali Ibnu An-Nu'man. Idea untuk menjadikan al-Azhar ini sebagai sebuah Maahad timbul daripada seorang Menteri yang bernama Yaaqob ibnu Kals dengan izin Khalifah Al-Azizu Billah pada tahun 378 Hijrah (988 Masihi). Dan beliau (Khalifah) menentukan ulama'-ulama'
yang mengajar disana pada setiap kali selepas mengerjakan Solat Jumaat sehingga waktu Asar, yang diketuai oleh Al-Uqbah Abu Yaaqob. Kesimpulan dari maklumat diatas, bolehlah dikatakan al-Azhar ini mula menjadi pusat pengajian semenjak awal zaman Al Fatimiah lagi.

Kemudian tibalah Zaman pemerintahan al-Ayubi dan terbinalah sekolah-sekolah dan maahad-maahad. Maahad yang pertama dibina pada zaman ini ialah Madrasah an-Nasiriah bersebelahan dengan Masjid Amru al-As yang mengajar Fekah Syafi'e. Pada tahun yang sama (566 Hijrah), Madrasah al-Qomhiyah yang mengajar Fekah Maliki dibina, juga berhampiran dengannya. Kemudian
diiukuti dengan pembinaan madrasah-madrasah yang lain, pada zaman tersebut dan zaman selepas itu, yang merangkumi pelbagai mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah. Pertumbuhan yang pesat ini berlaku pada kurun ketujuh dan kelapan, dan ia memberi kesan kepada sejarah pembelajaran di Universiti al-Azhar. Serta pertumbuhan pusat-pusat pengajian ini seolah-olah mencabar kewibawaan al-Azhar. Tetapi dengan keistimewaan- keistimewaan yang dimiliki oleh al-Azhar itu sendiri, seperti menyediakan sistem pembelajaran yang berbentuk umum bukannya khusus untuk sesuatu mazhab sahaja berbanding dengan madrasah-madrasah yang lain dan juga kedudukannya yang strategik, disamping
sokongan daripada Sultan-sultan dari segenap pelusuk negara Islam dan
juga pembesar-pembesarnya, serta tumpuan ulama'-ulama' dan pelajar-pelajar luar,
Azhar mampu menyaingi madrasah-madrasah yang lain.

Al-Azhar pernah mendapat beberapa nama dalam lipatan sejarah. Di peringkat pertama al-Azhar dikenali sebagai Jamiah Kaherah iaitu disandarkan kepada ibukota Mesir dimana masjid itu terletak. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti Rasulullah
s.a.w. yang dikenali dengan panggilan az-Zahra'. Gelaran inilah yang diabadikan pada nama masjid tersebut. Mengikut pendapat kedua pula, nama ini dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Dan yang ketiganya pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan besesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai pusat penyebaran ilmu islam. Kini masjid ini tetap utuh dan kekal walaupun ianya bukan lagi seratus
peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti di zaman beliau. Fungsinya sebagai tempat pusat penyebaran ilmu islam tetap gemilang hingga sekarang.

Sistem pendidikan al-Azhar.

Sistem pengajiaan al-Azhar dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi terletak di bawah pentadbiran Majlis Tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh al-Azhar.
Tempoh pengajian al-Azhar adalah seperti berikut :
     Peringkat rendah (ibtidaie)                6 tahun
     Peringkat menengah (i'dadi)               3 tahun
     Peringkat menengah atas (thanawi)     4 tahun
     Peringkat universiti                            4-6 tahun

Bermula sesi 1992/1993, Universiti al-Azhar mula menghantar sebahagian pelajar Malaysia ke
tujuh cawangannya di luar Kaherah iaitu Iskandariah, Damanhur, Dimyat, Mansurah, Zaqazik,
Tanta dan Shibin el-Kom. Pihak al-Azhar turut mengadakan fakulti yang berasingan di antara
pelajar lelaki dan perempuan.

Fakulti-fakulti yang terdapat bagi pelajar lelaki adalah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Bahasa Arab, Dakwah Islamiah, Usuluddin, Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Pendidikan Sains, Perubatan, Pergigian, Perdagangan, Bahasa dan Terjemahan, Farmasi, Pertanian, Kejuruteraan dan sebagainya. Manakala fakulti untuk pelajar perempuan adalah Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang terdiri daripada kuliah-kuliah Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Pengajian Kemanusiaan, Perubatan, Perdagangan, Sains dan lain-lain.

Al-Azhar dulu, kini dan selamanya telah berjaya melahirkan jutaan graduan dan cendikawan yang optimis dan komited. Ini adalah kesan daripada berkat asuhan para Syeikh yang ikhlas menabur bakti meninggikan syiar islam. Ini menjadi sumber inspirasi mahasiswa\mahasiswi seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan daripada Masyaeikh al-Azhar.

Turutan para Syiekh al Azhar ( 1101 Hijrah sehingga 1970 Masihi ).

     -Syiekh Muhammad Abdullah al Kharsi al Maliki
     -Syiekh Ibrahim bin Muhammad al Barmawi as Syafie
     -Syiekh Muhammad an Nasyrati al Maliki
     -Syiekh Abdul Baqi al Qalaini Maliki
     -Syiekh Muhammad Syanan Maliki
     -Syiekh Ibrahim Musa al Faiyumi Maliki
     -Syiekh Abdullah as Syabrawi Syafie
     -Syiekh Muhammad bin Salim al Hufni al Khalwati
     -Syiekh Abdul Rauf as Sajaini
     -Syiekh Ahmad bin Abdul Mun'im ad Damanhuri
     -Syiekh Ahmad al 'Arusi Syafie
     -Syiekh Abdullah as Syarqawi Syafie
     -Syiekh Mahmud Syanwani
     -Syiekh Muhammad 'Arusi
     -Syiekh Ahmad bin Ali ad Damhuji
     -Syiekh Hassan bin Muhammad al 'Ator
     -Syiekh Hassan al Quwaisni
     -Syiekh Ahmad as Soim as Softi
     -Syiekh Ibrahim al Bajuri
     -Syiekh Mustofa al 'Arusi
     -Syiekh Muhammad al 'Abasi al Mahdi al Hanafi
     -Syiekh Muhammad al Ambabi
     -Syiekh Hasunah an Nawawi al Hanafi
     -Syiekh Abdur Rahman an Nawawi al Hanafi
     -Syiekh Salim al Busyra al Maliki
     -Syiekh as Sayed Ali al Bablawi
     -Syiekh Abdur Rahman as Syarbini
     -Syiekh Hasunah an Nawawi
     -Syiekh Salim al Busyra al Maliki
     -Syiekh Muhammad Abul Fadli al Jaizawi
     -Syiekh Muhammad Mustofa al Maroghi
     -Syiekh Muhammad al Ahmadi az Zawahiri
     -Syiekh Muhammad Mustofa al Maroghi
     -Syiekh Mustofa Abdul Razzak
     -Syiekh Muhammad Ma'mun as Syanawi
     -Syiekh Abdul Majid Salim
     -Syiekh Ibrahim Hamrush
     -Syiekh Abdul Majid Salim
     -Syiekh Muhammad al Khadar Hussien
     -Syiekh Abdur Rahman Taj
     -Syiekh Muhammad Syaltut
     -Syiekh Hassan Ma'mun
     -Syiekh Muhammad Faham

[MUKA UTAMA] [EKSKLUSIF] [BERITA KELAB] [SEJARAH NUMRAM

[ORGANISASI] [ALBUM AKTIVITI] [SEULAS BICARA] [FOUR PAGES]

 [CORETAN] [IKLANEKA]  [MAKLUMBALAS]