Seulas
Bicara
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرته
Kepujian yang selayaknya dihamparkan kehadrat Allah s.w.t.Selawat dan salam buat penghulu besar Nabi Muhammad s.a.w,ahli baitnya,para sahabat r.a dan Aulia` Allahu Asolihin.
Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana memberikan secebis ruang untuk saya melakarkan setitis bicara disini.Sebelum taipan ini melangkah lebih jauh,sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang telah memberi ruang untuk saya mengabadikan sedikit jambangan bicara buat tatapan semua,khususnya ahli Nadi (Kelab) UMNO Malaysia Republik Arab Mesir (NUMRAM) yang berada di Perlembahan Nil.Terima kasih juga buat semua AJKT NUMRAM bagi Sesi 2002/03 semoga amanah yang terpikul dipundak masing-masing dapat disempurnakan dengan jujur,amanah dan ikhlas insyallah.Dalam menelusuri rentak perjalanan di zaman mutakhir ini,peranan NUMRAM terus menyusun langkah menapak ke hadapan,merentas pelbagai cabaran dalam meneruskan kesinambungan rantaian perjuangan untuk pelajar-pelajar melayu yang berada di bumi yang penuh dengan keberkatan ini.
Sebermulanya pada tahun
1982 sudah hampir 20 tahun NUMRAM bertapak di Perlembahan Nil.Sesungguhnya
jangka masa tersebut NUMRAM menghadapi pelbagai tohmahan dan cabaran.Jesteru
itu, dalam proses menuju kematangan ini,tidak memadai jika ia hanya sekadar
memerah penggemblengan tenaga dari pimpinan yang terlantik,bahkan dalam masa
yang sama ia turut memerlukan adunan kebersamaan dan kesepaduan daripada semua
pihak terutamanya UMNO Pusat, Kedutaan Besar Malaysia dan Jabatan Penuntut di
Kaherah dan pihak-pihak yang terlibat secara tak langsung yang terus menerus
memberi sokongan padu dan sumbangan tenaga dan fikrah dalam usaha memantapkan
dan mengukuhkan kesatuan yang dibina melalui agenda dan gagasan yang ingin
diserapkan dari masa kesemasa.
Hakikatnya,penubahan NUMRAM
ini adalah semata-semata untuk memberi dan menjaga kebajikan dan keilmuan
untuk pelajar melayu di Perlembahan Nil ini .Semoga tertatapaknya web ini
sekurang-sekurangnya pihak AJKT NUMRAM dapat menyampaikan maklumat dengan
betul dan tepat khasnya untuk ahli-ahli NUMRAM yang berada dimerata tempat di
Mesir ini dan dapat menangkis tohmahan dan fitnah yang sering dilemparkan
terhadap NUMRAM oleh pihak-pihak yang kurang senang dengan bertapaknya NUMRAM
di Perlembahan Nil ini.
Biarpun dengan seribu
kekurangan dan kelemahan,namun amanah yang terpundak ini akan cuba dilunasi
dengan daya dan kekuatan yang ada dan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana
pihak demi perpaduan dan mahabbah diantara anak melayu di Ardu Kinanah
ini.Saya mewakili barisan kepimpinan NUMRAM pada sesi ini,sentiasa berlapang
dada dalam menerima sebarang teguran serta cadangan yang membina daripada
semua pihak.
Akhirnya,salam perjuangan
dan salam ukhuwwah daripada kami.Sekian.Wasalam.
Pengerusi,
Kelab
UMNO Mesir,
Sesi
2002/03
[MUKA UTAMA] [EKSKLUSIF] [BERITA KELAB] [SEJARAH NUMRAM]
[ORGANISASI] [ALBUM AKTIVITI] [SEULAS BICARA] [CORETAN]
[FOUR PAGES] [IKLANEKA] [MAKLUMBALAS]
Hakcipta Terpelihara © 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir