Eksklusif

85.4 % Peserta Kursus Perbankan Dan Kewangan Islam lulus : Datuk Zainal Abidin 

Kaherah 14 March-Keputusan peperiksaan Kursus Perbankan dan Kewangan Islam yang telah diadakan pada penghujung tahun lepas semua pihak berpuashati walaupun kali pertama dianjurkan.Kursus tersebut dikendalikan oleh Kolej Perbankan dan Kewangan Islam (Islamic
Banking and Finance Institute Malaysia ) dengan kerjasama Jabatan Hal-Ehwal Khas,Kementerian Penerangan Malaysia serta Kelab UMNO Mesir.

Keputusan penuh itu diumumkan oleh Datuk Zainal Abidin Abd.Kadir semasa majlis perjumpaan bersama ahli jawatankuasa Kelab UMNO Mesir pada 10 March lalu.

Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Khas (JHEK),Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir berkata,keputusan ini adalah berdasarkan penilaian peperiksaan yang telah diadakan semasa kursus selama 8 hari berturut-turut yang dikelolakan oleh oleh 3 orang tenaga pengajar dan seorang pembantu dari Kolej Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia.

"Kita juga berasa bangga dengan pencapaian peserta yang mana seramai 85.4 % adalah lulus dalam kursus tersebut yang pertama kali dianjurkan ini, Seramai 82 orang daripada 96 orang calon telah berjaya dan lulus dalam peperiksaan tersebut. Iaitu 85.4% lulus berbangding gagal hanya 14.6% sahaja. Calon yang mendapat pangkat A seramai 9 orang ( 9.4% ),B seramai 37 orang (38,5%) , C seramai 36 orang (37.5 % ) D seramai 8 orang ( 8.3%) dan E hanya 6 orang
sahaja , iaitu ( 6.3%) dan tahniah diucapkan kepada yang berjaya."katanya semasa menyampaikan keputusan tersebut.


Beliau juga berharap,agar peserta dapat membaiki lagi kelemahan dan meningkatkan kejayaan yang cemerlang untuk kursus yang bakal diadakan lagi.Walaupun ini adalah kali pertama peserta telah didedahkan dengan konsep pelaksanaan perbankan Islam di Malaysia dan dapat dimanfaatkan apabila kembali ke tanahair kelak.

Kursus tersebut disertai oleh seramai 96 orang peserta bagi memberi pendedahan didalam bidang perbankan syariah dan prinsip-prinsipnya dengan cara pengurusan berasaskan Muamalat Islamiah yang sebenar.Sekaligus peserta dapat mengolahkan ilmu Syariah yang dipelajari di Al-Azhar kerana kebanyakan pelajar sudah memahaminya dari segi istilah dan konsepnya.

Seramai 3 orang pelajar terbaik dalam peperiksaan kali ini.Mereka ialah Md Amin Mat Tahir,Hasrul Afandi Abd Hamid kedua-duanya dari Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta dan
Rahimuddin Osman dari Universiti Al Azhar Dumyat.

Kebanyakan peserta berpuashati dengan keputusan yang telah diperolehinya itu,walaupun masa terlalu suntuk untuk mereka menghadapi peperiksaan tetapi mereka berjaya dengan keputusan yang membanggakan.

Sebenarnya sistem perbankan secara Islam telah lama terkandung didalam Islam tetapi bagi pelajar disini khususnya menggangap ini permasaalahan yang baru kerana kekurangan pakar yang dapat memberi pendedahan dan penerangan.

Bagaimanapun mereka dapat menguasainya dan memahami dengan begitu baik pada masa kursus tersebut kerana mereka sudah memahami istilah-istilah kewangan Islam ketika menghadiri kuliah di Universiti dan dengan cepat mereka dapat mengolahkannya kedalam
bentuk perbankan dan kewangan yang telah diamalkan oleh kebanyakan Intitusi Perbankan dan Kewangan Islam di Malaysia. 

Sementara itu,kami juga sempat menemuramah beberapa peserta setelah keputusan ini diumumkan. 

Saudara Alias Ismail berkata, "kursus ini amat bagus untuk
kita khususnya pelajar dalam jurusan Syariah Islamiah untuk kita memgembangkan ilmu syariah yang telah kita pelajari di kuliah dan diterjemahkan ke arus semasa dan untuk pembangunan ekonomi Islam."jelasnya.

Saudara Mohd.Nazee Ismail pula menjelaskan bahawa program seperti ini membuka ruang yang luas untuk kita apabila pulang ketanah air nanti bagi mengisi ruang kosong didalam yang intitusi kewangan dan perbankan islam yang menjadi asas kepada kemajuan negara dan menghapuskan perkara yang menyalahi syariah Islam terutamanya masalah riba.

Manakala, Ketua Perhubungan Kelab UMNO Negeri Terengganu, Farid Shukri mengatakan seharusnya sebagai seorang pelajar al-azhar mestilah menempuh pelbagai
bidang bukan hanya terhad kepada pengajian agama semata-mata,kita mestilah mengetahui dari kitab turath hinggalah ke ilmu moden dan teknologi untuk menterjemah ilmu agama berdasarkan Islam,bahkan melalui program ini dapatlah kita mengorak langkah yang kita pelajari di Mesir dalam bidang agama ke Intitusi Perbankan Islam."ujarnya. 


 

PC2Phone 468 V1

 

 

MUKA UTAMA

  EKSKLUSIF

ARKIB

FOUR PAGES

ARTIKEL

ALUMNI

SENARAI KELAB 

MAKLUMBALAS 

NUMRAM

Seulas Bicara

Sejarah

Organisasi

MAIL & SMS SITES

Yahoo !

Hotmail

ICQ Mail

Sms.ac

1rstwap

MAKLUMAT

Al-Azhar

Waktu Solat

Audit Zakat

SPA

Tukaran Wang

Maklumat Egypt

Bicarasufi

Suluk Online

Al-Ahkam Online

Check Bill Telefon

 Want to get your share of the millions generated in online sales every day? LinkShare can help you do it.

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir