Eksklusif
Pelajar Al-Azhar diseru dapat memantapkan Ilmu sebaik mungkin : Dato` Duta
13 March 2003-Duta Besar Malaysia di Kaherah,TYT Dato` Abu Bakar Daud
menyeru pelajar di Mesir agar mengambil berat tentang peranan dan tangungjawab kita sebagai mahasiswa Al-Azhar dalam menghadapi arus perdana.
"Kita mestilah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terutama sekali didalam penguasaan bahasa
kita dan mempelajari bahasa-bahasa lain ketika kita masih lagi balajar, bukan setakat bahasa
arab sahaja bahkan bahasa inggeris dan
mempelajari bahasa perancis atau lain-lain bahasa dunia, kerana melalui bahasa kita akan mendapat kemajuan
dan menyampaikan mesej dakwah yang diperingkat antarabangsa dan bagi mereka yang berkebolehan dalam mengunakan pelbagai bahasa terutama bahasa asing amat berharga apabila kita pulang ke tanahhair kelak."
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di majlis sambutan hari Asyura dan majlis kesyukuran meraihkan rombongan haji yang telah selamat sampai dari menunaikan haji baru-baru ini, di Kelab UMNO Mesir.
Beliau juga membidas kepada sesetengah mahasiswa dan mahasiswi disini melalui Badan Kebajikan Anak Negeri tertentu yang masih lagi tidak mahu berdaftar dengan pihak kedutaan dengan berbagai-bagai alasan dan juga individu-induvidu yang sering menghasut dan memfinah diantara satu sama lain
dalam pergerakan harian pelajar disini sehingga menjadi mahasiswa yang taasub kepada pertubuhan tertentu sehingga merenggangkan persaudaraan kita sebagai pelajar.
"Sepatutnya sebagai mahasiswa Islam disini bersatu padu atas dasar persaudaraan Islam walaupun berlainan fahaman sekiranya ada berlaku kelemahan dan kesilapan agar dapat membuat teguran yang bijaksana dan berhikmah,kerana pengaruh dalam persatuan sanggup memburuk-burukan antara satu sama lain,"jelasnya.
Beliau juga menyarankan kepada pelajar apabila berlaku sebarang kecemasan keselamatan supaya
bersegara pergi ketempat yang selamat melalui Kedutaan Malaysia
atau pejabat persatuan masing-masing bagi memudahkan pengurusan kita
bertindak untuk menyelamatkam diri dari sebarang ancaman.
Dikesempatan itu juga,beliau mengucapkan syabas kepada Kelab UMNO Mesir kerana berjaya menjayakan Kursus Perbankan dan Kewangan Islam pada tahun lepas dan merakamkan tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya didalam peperiksaan tersebut,semasa majlis penyampaian sijil kepada peserta yang berjaya.
Beliau juga mengharapkan semoga Kelab UMNO Mesir mempertingkatkan lagi program-program di masa-masa akan datang dengan lebih cemerlang dan gemilang lagi.

|