PETIKAN
Surat Pembaca Dari Berita Harian
PUJIAN
PEMANGKU PRESIDEN PAS DATUK SERI HJ. HADI AWANG TERHADAP PERDANA MENTERI DATUK
SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD MENOLAK PINJAMAN DAN BANTUAN TABUNG KEWANGAN
ANTARABANGSA (IMF) TELAH MENIMBULKAN BERBAGAI REAKSI.
ADA
YANG BERPENDAPAT BAHAWA PUJIAN ITU DENGAN SENDIRINYA MENOLAK TUDUHAN LIDAH RASMI
PAS BAHAWA DATUK SERI DR. MAHATHIR ADALAH MENJADI ALAT AMERIKA DAN KERAJAAN
MALAYSIA MENYOKONG AMERIKA.
DI
TANJUNG MALIM BARU-BARU INI, WAKIL RAKYAT PAS YB AHMAD SABU MENGATAKAN BAHAWA
DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD MERUPAKAN BARUA AMERIKA.
TETAPI
BAGI MENTERI PENERANGAN SYRIA, DR. ADNAN OMRAN, MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA
YANG BERANI DAN TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SETIAP KALI BERDEPAN DENGAN
AMERIKA SYARIKAT.
MENURUT
BELIAU DALAM SATU TEMURAMAH DENGAN WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA, ‘SYRIA SELAMA INI
MENGKAGUMI MALAYSIA KHUSUSNYA KEPIMPINAN PERDANA MENTERI DATUK SERI DR. MAHATHIR
MOHAMAD YANG BERSIKAP REALISTIK, BERANI, BERWAWASAN DAN BERORIENTASIKAN
KECEMERLANGAN DALAM MEMBAWA KEJAYAAN SERTA PERLINDUNGAN KEPADA UMAT ISLAM.’
SELAMA
INI PUN SELAIN DARI SYRIA, BANYAK NEGARA-NEGARA ISLAM YANG PROGRESIF MEMUJI
MAHATHIR DAN MALAYSIA KECUALI PARTI ISLAM YANG BERCITA-CITA MENEGAKKAN NEGARA
ISLAM DI MALAYSIA.
KALAU PARTI INI JUGA MEMUJI NEGARA ISLAM MALAYSIA, MAKA TENTUNYA NEGARA ISLAM ALTERNATIF TIDAK AKAN LAKU LAGI DALAM PASARAN DI MALAYSIA.
------------------------------------------------------
KENYATAAN
PEMANGKU PRESIDEN PAS DATUK SERI HJ. ABDUL HADI AWANG MEMUJI PERDANA MENTERI
DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMMAD KERANA SANGGUP MENOLAK BANTUAN TABUNG KEWANGAN
ANTARABANGSA (IMF) TELAH DIBUAT SELEPAS KEJATUHAN KERAJAAN IRAQ KE TANGAN
TENTERA BERSEKUTU. INI JELAS
MEMAPARKAN HAKIKAT HJ. HADI BARU NAMPAK APA YANG LEBIH DAHULU TERLIHAT OLEH
PERDANA MENTERI.
BAGAIMANAPUN
YANG LEBIH PENTING BUKANNYA PUJIAN TERHADAP DATUK SERI DR. MAHATHIR TETAPI
KEFAHAMAN RAKYAT TERHADAP KEUPAYAAN MALAYSIA MENOLAK BANTUAN IMF INI.
JIKA
HAJI HADI FAHAM, BELIAU AKAN LEBIH MENILAI APA YANG TELAH DICAPAI OLEH NEGARA
INI DARI MEMBIARKAN ORANG-ORANGNYA MENGATA NISTA TERHADAP PERDANA MENTERI.
Y.B
AHMAD SABU WAKIL RAKYAT PAS PARLIMEN KAWASAN KUALA KEDAH TELAH MENYIFATKAN
PERDANA MENTERI SEBAGAI ‘BARUA’ AMERIKA
DI SATU CERAMAH DI TANJUNG MALIM BARU-BARU INI.
MANAKALA
LIDAH RASMI PARTI ITU DALAM KELUARAN 16 HINGGA 30 APRIL 2003 TELAH MENDAKWA
BAHAWA MALAYSIA TELAH MEMBANTU AMERIKA SYARIKAT.
ANGGAPAN
INI DENGAN SENDIRI TERTOLAK APABILA HJ. HADI MELIHAT KEBENARAN DAN KEWAJARAN
DALAM KEBERANIAN MAHATHIR MENOLAK STRATEGI AMERIKA UNTUK MEMBONEKAKAN KERAJAAN
MALAYSIA DENGAN TEKANAN EKONOMI. BAGAIMANAPUN,
HJ HADI SENDIRI TIDAK MEMAHAMI BAGAIMANA KITA BOLEH MENOLAK BANTUAN ITU JIKA
KITA TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN EKONOMI DAN KEKUATAN KEWANGAN.
KEKUATAN
INI BUKAN TERBINA HARI INI TETAPI IANYA DIASASKAN SEJAK AWAL KEMERDEKAAN APABILA
KITA PERCAYA KEPADA DASAR TERBUKA MELIPUTI PENANAMAN MODAL DARI LUAR DAN
PENGHANTARAN RIBUAN PELAJAR KE LUAR NEGARA
SEBAGAI PENANAMAN MODAL UNTUK MENGHASILKAN SUMBER MANUSIA YANG DAPAT
MENYUMBANGKAN IDEA DAN FIKIRAN BAGI MEMBANGUN NEGARA.
KITA
PERCAYA PADA DASAR HIDUP BERSAMA DENGAN BARAT DAN DASAR ‘PERTALIAN MEMBINA’
DENGAN BARAT. SEMUA DASAR INI
ADALAH DASAR YANG TELAH DITOLAK OLEH PAS DAN JUGA PARTI RAKYAT MALAH MEREKA
MENGANGGAP PERDANA MENTERI PERTAMA DAN UMNO DIANGGAP SEBAGAI ALAT PENJAJAH
KERANA DASAR INI TETAPI DASAR INILAH YANG MENJADIKAN KITA BIJAKSANA DAN MASIH
DAPAT BERSUARA DENGAN BERANI HINGGA DAPAT MEMBINA KEMANTAPAN EKONOMI YANG ADA
SEKARANG.
KERAJAAN
TERPAKSA MENGGUNAKAN ISA UNTUK MENENTANG ARUS TENTANGAN PARTI PEMBANGKANG INI
YANG MENDAPAT SOKONGAN NEGARA-NEGARA SOSIALIS, KOMUNIS DAN REGIM SUKARNO DI
INDONESIA.
NEGARA-NEGARA
YANG MENJERIT KUAT SEBAGAI ANTI NEW KOLONIALISMA DAN MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI
MUSUH BARAT, SEKARANG TIDAK DAPAT BERBUAT APA-APA SEKALIPUN DARAH ORANG ISLAM
MENGALIR DI HADAPAN MATA MEREKA. KEKUATAN
ORANG ISLAM TIDAK BOLEH DITENTANG DENGAN SIKAP ANTI BARAT YANG MELULU.
KEKUATAN
NEGARA KITA TELAH DIBINA OLEH DASAR PERDANA MENTERI PERTAMA TUANKU ABDUL RAHMAN
YANG DITERUSKAN OLEH TUN ABDUL RAZAK, HUSSEIN ONN DAN DR. MAHATHIR IAITU
MENYEDIAKAN MAKANAN BUKAN PELURU, MENYEDIAKAN RUMAH BUKAN BEREK DAN MENYEDIAKAN
PAKAIAN BUKAN UNIFORM.
TIDAK
ADA JALAN KE ARAH PERPADUAN MELAYU JIKA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS TIDAK KELUAR
DARIPADA KEEGOAN DIRI YANG MELULU DAN KEINGINAN UNTUK BERPEGANG KEPADA KEBENARAN
SENDIRI TANPA MEREKA MENGENALI DAN MEMPELAJARI SEJARAH NEGARA INI.
JIKA
DILIHAT DARI SEJARAH AWAL KEMERDEKAAN HINGGA SEKARANG DAPAT DILIHAT PAS IALAH
PARTI YANG MENEPATI KATA-KATA
DR. MAHATHIR IAITU PENGKHIANAT KEPADA BANGSA DAN NEGARA.
DIHARAP TIDAK ADA ORANG MELAYU BERKHAYAL KE ARAH PERPADUAN DENGAN GOLONGAN INI KECUALI TERUS MENUNJUKKAN MEREKA DAN MENYEDARKAN MEREKA SEBAGAI GOLONGAN YANG TIDAK RELEVAN DENGAN NEGARA DAN DENGAN DUNIA HARI INI.
ANAK JATI NEGARA.
Jurang pendapatan dapat dikurangkan melalui Bajet 2003
KUALA LUMPUR 21 Sept.- Jurang pendapatan antara golongan atasan dengan orang miskin dapat dikurangkan melalui Bajet 2003, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad semalam adalah bukti jelas yang menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Katanya, kerajaan sedar jurang yang terdapat antara dua golongan tersebut tidak harus dibiarkan lebih melebar dan kekayaan negara perlu digunakan untuk menangani masalah itu.
``Kalau golongan miskin ini tidak diberikan tumpuan sudah tentu mereka akan terus ketinggalan,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan ruangan Gaya Tentera Utusan Malaysia di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.
Najib berkata, kerajaan sedar kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan saksama demi kebaikan seluruh rakyat.
Jelasnya, pengagihan seumpama itu telah menjadi dasar jangka panjang kerajaan dan terus diamalkan sehingga kini.
Dalam pada itu, Najib menegaskan, bajet kali ini bukan berasaskan untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum seperti yang didakwa oleh parti pembangkang.
``Ini juga bukan gimik pilihan raya tetapi timbul dari rasa tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat,'' katanya.
Mengenai peruntukan kepada Kementerian Pertahanan pula, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pihaknya telah diperuntukkan kira-kira RM7.8 billion berbanding RM7.4 billion pada tahun ini.
Katanya, peruntukan itu sudah pasti dapat melicinkan proses pemodenan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Melalui peruntukan tersebut ujar Najib, pihaknya akan dapat melengkapkan lagi pertahanan negara dengan peralatan serta persenjataan yang lebih canggih.
Di samping itu, ia akan membolehkan ATM membeli kapal selam, pesawat termoden, kereta kebal serta beberapa sistem persenjataan yang lain.
[Lain-lain petikan]
------------------------------------------------------------------------------------------
oooooooooooooo
[MUKA UTAMA] [BERITA KELAB] [SEJARAH NUMRAM]
[ORGANISASI] [ALBUM AKTIVITI] [SEULAS BICARA] [ARTIKEL] [IKLANEKA]
Hakcipta Terpelihara © 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir