Monday, 3 February, 2003 22:55

 

Berita Utama

PMRAM Perlulah Matang : Pengerusi

Kaherah [ 14 April 2003 ] :Pengerusi Kelab UMNO Mesir,Sanusi Md.Nor menyelar dengan tindakan PMRAM yang suka memfitnah ahli-ahli Kelab UMNO Mesir melalui lisan dan media di kalangan ahli-ahlinya, malah Kelab UMNO Mesir dari masa ke semasa mengumpul bukti-bukti yang kukuh bagi dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu yang mereka mendakwa bahawa mereka bukan dari kader PAS. [ Berita Penuh ]

Hentikan memboikot sesama Mahasiswa : Naib Pengerusi (I)

Kaherah [ 20 Mac 2003 ]:Kelab UMNO Mesir menyanggah kenyataan dari Persekutuan Malayu Republik Arab Mesir kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak berdasarkan prosedur yang sebenar demi mengukuhkan lagi PMRAM.Kelab UMNO Mesir merasakan ini akan lebih mengeruhkan lagi keadaan diantara Kedutaan Malaysia di Kaherah dan sesama pelajar Melayu di Mesir.[Berita Penuh]

Pelajar Al-Azhar diseru dapat memantapkan Ilmu sebaik mungkin : Dato` Duta

Kaherah [13 Mac 2003 ]:Duta Besar Malaysia di Kaherah,TYT Dato` Abu Bakar Daud
menyeru pelajar di Mesir agar mengambil berat tentang peranan dan tangungjawab kita sebagai mahasiswa Al-Azhar dalam menghadapi arus perdana.[ Berita Penuh ]

85.4 % Peserta Kursus Perbankan Dan Kewangan Islam lulus : Datuk Zainal Abidin 

Kaherah [10 Mac 2003 ]:Keputusan peperiksaan Kursus Perbankan dan Kewangan Islam yang telah diadakan pada penghujung tahun lepas semua pihak berpuashati walaupun kali pertama dianjurkan.Kursus tersebut dikendalikan oleh Kolej Perbankan dan Kewangan Islam (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia ) dengan kerjasama Jabatan Hal-Ehwal Khas,Kementerian Penerangan Malaysia serta Kelab UMNO Mesir.[Berita Penuh]

Mendedah yang terbuka : Mohd.Hariran Jusoh

Kaherah [10 Mac 2003]:Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Mesir Hariran Jusoh menyarankan supaya mana-mana Badan Kebajikan Anak-anak Negeri (BKAN) yang masih bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) agar berdaftar dibawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan segera bagi mengelak sebarang kejadian dan tindakan susulan ke semua Menteri-menteri Besar.Beliau mengulas ketika ditemui selepas perjumpaan dengan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir semalam. [Berita Penuh]

Pelajar Malaysia di Mesir agar progresif :Datuk Zainuddin

Matruh-9 Mac 2003 :Timbalan Menteri Penerangan Malaysia Datuk Zainuddin Maidin menyeru pelajar-pelajar Malaysia di Mesir supaya belajar untuk menjadi orang yang progresif. Dalam ucapannya kepada pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ke Matruh dan Siwa,Mesir baru-baru ini. [Berita Penuh]

MUTAKHIR

  Hadi perlu didik ahli Pas akui wibawa Dr Mahathir

-Petikan Berita Harian


KUALA LUMPUR : Pemangku Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus mengawal pemimpin Pas daripada terus menuduh Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang mengikut telunjuk Amerika Syarikat.

Timbalan Menteri Penerangan, Senator Datik Zainuddin Maidin, berkata meskipun Abdul Hadi ikhlas memuji kepimpinan Dr Mahathir kerana menolak bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), ada pemimpin Pas yang menafikan kejujuran itu.

Sehubungan itu, katanya Abdul Hadi harus mendidik pemimpin Pas yang lain supaya memahami kemampuan Dr Mahathir dalam mengendalikan ekonomi negara ketika kegawatan akibat kejatuhan nilai mata wang negara pasa 1997 berikutan tindakan spekulator mata wang.

"Saya masih menyimpan pita rakaman ceramah politik Pas di Tanjung Malim tahun ini yang menuduh Dr Mahathir sebagai barua Amerika Syarikat.

"Kita akan mengeluarkan pita rakaman itu apabila tiba masanya nanti. 
Pas sebenarnya tidak faham sejarah proses pembangunan negara sejak merdeka hinggalah sekarang.

"Di satu pihak, Abdul Hadi memuji Dr Mahathir tetapi pepimpin Pas yang lain menuduh Perdana Menteri sebagai barua Amerika," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas wawancara eksklusif akhbar ini dan New Straits Time dengan Abdul Hadi , minggu lalu.

                                        Exco Pas dapat elaun RM42,408
                                                              Oleh Lokman Zainal Abidin

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam diberitahu, seorang ahli Exco Kerajaan Pas Terengganu memperoleh pendapatan RM42,408 setahun termasuk imbuhan sebagai pengerusi sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali, ketika mendedahkan perkara itu berkata, Exco berkenaan menerima imbuhan elaun pengerusi anak syarikat terbabit sebanyak RM25,000 di samping pelbagai elaun lain.

Selain itu, katanya, seorang ahli Parlimen di negeri ini dan seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang menduduki kerusi lembaga pengarah anak syarikat itu, masing-masing memperoleh pendapatan RM33,056 setahun.

Berucap membahaskan titah ucapan Sultan pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, beliau berkata semua mereka rata-rata memperoleh lebih RM3,000 sebulan dan jumlah itu adalah tinggi bagi sebuah kerajaan yang sebelum ini memaklumkan kepada rakyat bahawa ia bekerja secara percuma.

“Walaupun sebelum ini Kerajaan Pas Terengganu mengumumkan setiap pengerusi anak syarikat kerajaan negeri tidak akan menerima sebarang elaun, perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

“Dulu kata tak terima, tetapi yang nyata kini ialah RM42,000 setahun dibayar kepada pengerusi anak syarikat berkenaan,” katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang pemerintahan Pas di Terengganu selama tiga tahun lima bulan, ia bukan saja gagal mentadbir dan membangunkan negeri ini, malah tidak mempunyai perancangan yang baik, sama ada untuk jangka panjang atau pendek.

“Bila timbul satu-satu perkara atau isu, baru buat keputusan. Ini boleh mengelirukan rakyat,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik wakil rakyat sebagai amil korporat dan permohonan wang zakat oleh wakil rakyat untuk perbelanjaan keraian.

Abu Bakar juga berkata, tindakan kerajaan negeri yang masih membenarkan pajak gadai konvensional beroperasi di negeri ini menunjukkan mereka lebih mementingkan keuntungan daripada matlamat untuk membangun bersama Islam.

“Jika kerajaan negeri benar-benar ingin menjadi sebuah negeri Islam yang bebas daripada riba, mereka boleh menggunakan enam lesen pajak gadai yang diberi Kerajaan Pusat untuk membuka pajak gadai muassasah di semua daerah negeri ini.

“Ini tidak, lesen yang diberi itu ditender kerana kerajaan negeri pandang duit. Sepatutnya kerajaan negeri gunakan kesempatan itu untuk membuka muassasah Islam,” katanya.

Beliau turut memetik wawancara dengan Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Berita Minggu kelmarin di mana Hadi mengakui bersetuju dengan beberapa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

"Jika sudah demikian, apa salahnya kita sebagai orang Melayu duduk semeja dan berbincang untuk kebaikan. Saya menyeru kepada semua supaya bersatu tanpa mengira parti," kata Abu Bakar.

Sementara itu, Adun Ajil, Rosol Wahid berkata, pemberian lebih 45 kawasan balak di sekitar Hulu Terengganu tidak dibuat secara tender dan kebanyakannya diperoleh oleh pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR).

Beliau berkata, perbuatan itu bercanggah dengan janji Pas dalam manifesto pilihan raya umum 1999 yang menyatakan semua konsesi balak akan diberikan secara tender terbuka.

"Dalam manifesto itu, Pas berjanji untuk mengadakan tender terbuka untuk kawasan balak tetapi lain pula jadinya. Sungguh malang sekali apabila 45 kawasan berkenaan diserahkan tanpa tender kepada pengerusi JSR.

"Selain itu, mereka juga berjanji untuk memulihara flora dan fauna di kawasan Hulu Terengganu. Bagaimanapun, saya menerima aduan penduduk berhampiran kawasan pembalakan itu mengenai pencemaran punca air ke kawasan mereka," katanya 

Rosol berkata, beliau juga menerima aduan dari seorang penduduk Hulu Dungun bahawa ada pihak tertentu menjual kira-kira 200 hektar tanah balak miliknya dan dijanjikan keuntungan separuh daripada hasil jualan berkenaan.

"Mangsa dikatakan akan menerima RM600,000 hasil jualan tanah itu tetapi hanya diberi RM160,000. Dalam proses pembayaran kedua, wang yang sepatutnya dimasukkan dalam akaun bersama antara mangsa dan individu itu hilang begitu saja.

"Mangsa ditipu kerana dia tidak memiliki pelajaran tinggi tetapi perbuatan seumpama itu adalah tidak wajar sama sekali," katanya.

Beliau juga memberitahu Dewan, seorang ahli Exco Pas menerima RM1 juta daripada seorang pengusaha kilang papan berhubung kawasan pembalakan berkenaan.

Pendedahan Rosol itu menyebabkan Abdul Aziz Abas (Pas-Kampung Raja) mencelah dan meminta Adun Ajil itu mengemukakan bukti. Rosol sebaliknya meminta Jawatankuasa Hisbah menyiasat perkara itu.

Hadi Sedia Pertahan Dr.Mahathir
Oleh: Manja Ismail dan Kadir Dikoh

Kuala Terengganu : Pemangku Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang kagum dengan ketegasan Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad mempertahankan dasar luar Malaysia, malah beliau sanggup mempertahankan Perdana Menteri jika kuasa asing cuba mencapuri urusan dalam negara ini.


Katanya, beliau amat kagum dengan keberanian Dr.Mahathir menyuarakan penentangan terhadap Amerika Syarikat dan sanggup menolak bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum ini.


"Saya sanjung Perdana Menteri berhubung dasar luar negra, menolak bantuan IMF. Beliau menolak itu, saya sungguh kagum. Dalam pemulihan ekonomi negara, kita tak bersangkut dengan IMF. Ini satu-satu tindakan yang saya setuju," katanya.


Beliau berkata demikian dalam temuramah khas dengan wartawan akhbar kumpulan The New Straits Times Bhd yang diketuai Ketua Pengarang Kumpulannya, Tan Sri Abdullah Ahmad di pejabatnya di sini, Rabu lalu.

Hadi berkata, jika Amerika campur tangan dalam urusan Malaysia supaya Perdana Menteri berhenti beliau akan pertahankannya.


"Saya tak mahu Amerika campur tangan kerana suruh Perdana Menteri kita letak jawatan.


"Tetapi kalau itu sikap PM sendiri (mahu meletak jawatan Oktober ini). itu OK, terpulang pada dia. Ini satu sikap yang jelas bahawa kita tidak mahu campur tangan asing tetapi dalam masalah rumah tangga tanah air kita, sudah tentulah kita perlu memberi pandangan kita sendiri untuk kebaikan tanah air kita," katanya.
Mengenai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan mengambilalih kepemimpinan negara dari Dr.Mahathir mulai November ini. beliau berharap pemangku Perdana Menteri itu dapat meneruskan beberapa perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Katanya, ia termasuk dasar yang tidak tunduk kepada Amerika Syarikat dan IMF serta beberapa dasar penting lain.


Hadi berharap, apabila Abdullah menjadi Perdana Menteri, berlaku sesuatu perubahan dalam negara sejajar kehendak sebuah negara demokrasi tanpa sebarang halangan yang tidak munasabah.


PETIKAN 

Syria kagumi Malaysia

Malaysia boleh muncul sebagai pengeksport utama dari Asia kepada Syria pada masa depan dan pada masa ini bilateral perdagangan antara kedua-dua negara lebih memihak kepada Kuala Lumpur. Beberapa produk Malaysia seperti barangan elektrik selain kereta nasional seperti Proton Wira sudah mendapat tempat di negara berkenaan.   [Seterusnya ]

Petikan Surat Pembaca Berita Harian

KENYATAAN PEMANGKU PRESIDEN PAS DATUK SERI HJ. ABDUL HADI AWANG MEMUJI PERDANA MENTERI DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMMAD KERANA SANGGUP MENOLAK BANTUAN TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF) TELAH DIBUAT SELEPAS KEJATUHAN KERAJAAN IRAQ KE TANGAN TENTERA BERSEKUTU.  INI JELAS MEMAPARKAN HAKIKAT HJ. HADI BARU NAMPAK APA YANG LEBIH DAHULU TERLIHAT OLEH PERDANA MENTERI. [ Seterusnya ]

PUJIAN PEMANGKU PRESIDEN PAS DATUK SERI HJ. HADI AWANG TERHADAP PERDANA MENTERI DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD MENOLAK PINJAMAN DAN BANTUAN TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF) TELAH MENIMBULKAN BERBAGAI REAKSI.

[ Seterusnya ]

SUARA MAHASISWA

PMRAM Ugut Ahli Kelab UMNO 

Bukan dipaksa untuk menyertai Kelab UMNO Mesir tetapi dengan kerelaan hati sendiri. Dengan kemasukkan ahli dalam Kelab UMNO Mesir, menyebabkan PMRAM merasakan perkara ini perlu dibendung daripada ianya berterusan kerana sebilangan daripada kalangan ahli
PMRAM mengatakan bahawa "Kelab UMNO Mesir sedang menebarkan sayapnya. Adakah ianya benar?....  [ Ikuti selanjutnya ]

Wajarkah tuduhan samseng & fitnah JPMK?

Tetapi malangnya, tersebar jua surat layang yang bertajuk "Buletin Jawapan Kepada Merapu Ayahnda (JPMA) 2002 " Sungguh mendukacitakan kerana fitnah ini disebarkan dengan sengaja oleh pihak-pihak yang sentiasa memandang serong kepada peranan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Nadi (UMNO). [ Ikuti selanjutnya ]

 JHEK Ke Mesir -Ahli Nadi adalah ahli PAS?

Persoalanya wajarkan sebagai mahasiswa/i di Mesir ,beraliran agama mengemukakan pendapat sempit sedemikian ? Siapakah yang dikatakan sebahagian besar peserta dan exco Kelab UMNO Mesir tersebut yang menjadi duri dalam daging itu? Yang dikhabarkan berwajah UMNO, berhati PAS itu?[Ikuti selanjutnya..]

Kenyataan Datuk ZAM kongkong pemikiran rakyat ?

"Saya berpandangan, orang memberi kita menerima dan menilai sebab kita tidak boleh menyamakan dengan tahap pemikiran seseorang mahasiswa dengan orang kampung.Kita juga mesti renungi dan perhatikan secara keseluruhan kenyataan tersebut yang pastinya kenyataan tersebut bukanlah kesemua mahasiswa yang menuntut di Mesir adalah dikongkong oleh persatuan tertentu."[Seterusnya..]

Perjuangan Mahasiswa : Idealis atau Realis?

Dunia mahasiswa adalah dunia di mana pemikiran dibentuk dan hala tuju pemikiran seseorang insan berpendidikan dicanai. Di dalam masyarakat kampus, yang rata-ratanya rakan sebaya dan bergurukan para pensyarah yang mempunyai kelulusan dari universiti-universiti eksklusif dalam dan luar negara, mahasiswa harus bijak membahagikan dominasi komitmen di antara akademik, berpersatuan, beriadah, ibadah dan bersuka-ria. Namun begitu, ini merupakan suatu tugas yang dianggap kunci kepada segala kecemerlangan mahasiswa dari dahulu hingga kini.[Seterusnya....]

Ketua Pelajar Perempuan PMRAM Diugut Pemimpin Nadi UMNO. Betul ke?

Kononnya PMRAM adalah pertubuhan besar dan ternama, kenapa seorang ahli memohon diri untuk dikecualikan pun gelabah satu dunia.[Seterusnya..]

Ulama mahir agama, beramal dengan ilmunya.

“Sesungguhnya kita harus menerima hakikat bahawa kelemahan dan kelesuan suara dan tindakan kita sebenarnya disebabkan kegagalan kita pada hari ini menguasai ekonomi yang berasaskan ilmu dan teknologi " [Seterusnya..]

 

 

 
free hit counter

Free Hit Counter
PELAWAT SEJAK OGOS 2002

 

MUKA UTAMA

  EKSKLUSIF

ARKIB

ARTIKEL

ALUMNI

SENARAI KELAB

MAKLUMBALAS 

NUMRAM

Seulas Bicara

Sejarah

Organisasi

MAIL & SMS SITES

Yahoo !

Hotmail

ICQ Mail

Sms.ac

1rstwap

MAKLUMAT

Idealis Mahasiswa

Al-Azhar

Waktu Solat

Audit Zakat

SPA

Tukaran Wang

Maklumat Egypt

Bicarasufi

Suluk Online

Al-Ahkam Online

Check Bill Telefon

 

 

 

 

 PennyTalk 120x600

 Want to get your share of the millions generated in online sales every day? LinkShare can help you do it.

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir

This site is best viewed with Internet Explorer 4.0 and above with a resolution of 800x600.