Make your own free website on Tripod.com

Seulas Bicara 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرته

Kepujian yang selayaknya dihamparkan kehadrat Allah s.w.t.Selawat dan salam buat penghulu besar Nabi Muhammad s.a.w,ahli baitnya,para sahabat r.a dan Aulia` Allahu Asolihin.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana memberikan secebis ruang untuk saya melakarkan setitis bicara disini.Sebelum taipan ini melangkah lebih jauh,sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang telah memberi ruang untuk saya mengabadikan sedikit jambangan bicara buat tatapan semua,khususnya ahli Nadi (Kelab) UMNO Malaysia Republik Arab Mesir (NUMRAM) yang berada di Perlembahan Nil.Terima kasih juga buat semua AJKT NUMRAM bagi Sesi 2002/03 semoga amanah yang terpikul dipundak masing-masing dapat disempurnakan dengan jujur,amanah dan ikhlas insyallah.Dalam menelusuri rentak perjalanan di zaman mutakhir ini,peranan NUMRAM terus menyusun langkah menapak ke hadapan,merentas pelbagai cabaran dalam meneruskan kesinambungan rantaian perjuangan untuk pelajar-pelajar melayu yang berada di bumi yang penuh dengan keberkatan ini.

Sebermulanya pada tahun 1982 sudah hampir 20 tahun NUMRAM bertapak di Perlembahan Nil.Sesungguhnya jangka masa tersebut NUMRAM menghadapi pelbagai tohmahan dan cabaran.Jesteru itu, dalam proses menuju kematangan ini,tidak memadai jika ia hanya sekadar memerah penggemblengan tenaga dari pimpinan yang terlantik,bahkan dalam masa yang sama ia turut memerlukan adunan kebersamaan dan kesepaduan daripada semua pihak terutamanya UMNO Pusat, Kedutaan Besar Malaysia dan Jabatan Penuntut di Kaherah dan pihak-pihak yang terlibat secara tak langsung yang terus menerus memberi sokongan padu dan sumbangan tenaga dan fikrah dalam usaha memantapkan dan mengukuhkan kesatuan yang dibina melalui agenda dan gagasan yang ingin diserapkan dari masa kesemasa.

Hakikatnya,penubahan NUMRAM ini adalah semata-semata untuk memberi dan menjaga kebajikan dan keilmuan untuk pelajar melayu di Perlembahan Nil ini .Semoga tertatapaknya web ini sekurang-sekurangnya pihak AJKT NUMRAM dapat menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat khasnya untuk ahli-ahli NUMRAM yang berada dimerata tempat di Mesir ini dan dapat menangkis tohmahan dan fitnah yang sering dilemparkan terhadap NUMRAM oleh pihak-pihak yang kurang senang dengan bertapaknya NUMRAM di Perlembahan Nil ini.

Biarpun dengan seribu kekurangan dan kelemahan,namun amanah yang terpundak ini akan cuba dilunasi dengan daya dan kekuatan yang ada dan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak demi perpaduan dan mahabbah diantara anak melayu di Ardu Kinanah ini.Saya mewakili barisan kepimpinan NUMRAM pada sesi ini,sentiasa berlapang dada dalam menerima sebarang teguran serta cadangan yang membina daripada semua pihak.

Akhirnya,salam perjuangan dan salam ukhuwwah daripada kami.Sekian.Wasalam.

  Ahmad Sanusi Md.Nor

Pengerusi,

Kelab UMNO Mesir,

Sesi 2002/03

[MUKA UTAMA] [EKSKLUSIF] [BERITA KELAB] [SEJARAH NUMRAM

[ORGANISASI] [ALBUM AKTIVITI] [SEULAS BICARA] [CORETAN

[FOUR PAGES]  [IKLANEKA] [MAKLUMBALAS]

 

Hakcipta Terpelihara © 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir