International PC2P 468v1

Eksklusif

Hentikan memboikot sesama Mahasiswa :Naib Pengerusi (I)

 
Kaherah 20 Mac: KAHERAH 20 MAC-Kelab UMNO Mesir menyanggah kenyataan dari Persekutuan Malayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak berdasarkan prosedur yang sebenar demi mengukuhkan lagi PMRAM.Kelab UMNO Mesir merasakan ini akan lebih mengeruhkan lagi keadaan diantara Kedutaan Malaysia di Kaherah dan sesama pelajar Melayu di Mesir.

Naib Pengerusi (I) Kelab UMNO Mesir, Saudara Mohd.Nazee Ismail membidas kenyataan tersebut kerana PMRAM memperlekehkan Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia Di Kaherah dengan menyatakan bahawa Datuk Zainuddin tidak memperolehi maklumat yang tepat tentang pelajar-pelajar di Mesir,ini bermakna menjejaskan autoriti Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah.

"Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) merupakan pihak yang bertanggungjawab keatas pelajar disini sebagai wakil yang sah daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kedutaan Malaysia di Kaherah juga merupakan wakil yang sah daripada perlantikan Yang Di Pertuan Agong Malaysia" katanya ketika dihubungi semalam.

"Kelab UMNO Mesir juga dari masa ke semasa sentiasa memantau program-program yang dianjurkan oleh PMRAM samada usrah,ceramah mingguan,laman-laman web,artikel-artikel yang ditulis oleh ahli PMRAM, disemua cawangan penempatan pelajar di Mesir terutama sekali di Iskandariah,memandangkan keadaan PMRAM sekarang sudah dikenal pasti tempat melahirkan kader-kader pro-pembangkang." Katanya.

Kelab UMNO Mesir juga membidas bahawa kenyataan tersebut adalah kenyataan yang sebaliknya,kerana ramai ahli PMRAM telah memboikot sesama pelajar yang berlainan fikrah.Seperti mana Kelab UMNO Mesir telah meneliti undang-undang khusus yang dikeluarkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan menyatakan "Dilarang berurusan dan bermuamalat dengan ahli-ahli yang berlainan persatuan dan menetapkan undang-undang kepada pelajar lelaki yang ingin ke Iskandariah mestilah mendapat keizinan dari PMRAM." Ini adalah antara undang-undang khusus DPMI pada 2001.

"Kelab UMNO Mesir juga sekali lagi menyelar dakwaan PMRAM yang mengatakan bahawa PMRAM tidak menetapkan cara berpakaian,setelah pihak kami membuat pantauan dari ahli-ahli PMRAM hanya menetapkan untuk ahlinya berpakaian jubah bagi perempuan kerana kebanyakan ahli PMRAM memandang sinis terhadap golongan yang berbaju kurung.Masalah sekarang tidak semestinya sesuatu itu terbukti hanya didalam undang-undang tubuh sahaja kerana dengan program-program "brainwash" seperti usrah yang giat aktif di Iskandariah seterusnya menjadi buah mulut AJKT,AJKK DPM diantara ahli PMRAM."Ujarnya lagi.

Katanya lagi,Kelab UMNO Mesir menyarankan kepada PMRAM agar tidak lagi mengganggu ahli Kelab UMNO Mesir di semua cawangan dengan memperlekeh,memfitnah menghina dan memulau serta tidak memperlekehkan lagi kuasa Jabatan Penuntut Di Kaherah kerana pihak kami tidak teragak-agak lagi untuk membuat satu tindakan drastik dan setakat ini Kelab UMNO Mesir juga menyediakan plan tindakan khusus bagi mengenalpasti ahli PMRAM yang sering memboikot ahli Kelab UMNO Mesir di semua Dewan Perwakilan Mahasiswa di seluruh cawangan kerana keadaan sekarang mereka bukan saja menggugat ahli Kelab UMNO disini tetapi memperlekehkan Kedutaan Malaysia Di Kaherah. 

"Sepatutnya kita sebagai mahasiswa di Mesir lebih berfikiran yang terbuka dan bersatu padu didalam persatuan masing-masing."jelasnya.

 

Net2Phone Direct 468x60

MUKA UTAMA

  EKSKLUSIF

ARKIB

FOUR PAGES

ARTIKEL

ALUMNI

SENARAI KELAB 

BUKU TAMU

MAKLUMBALAS 

NUMRAM

Seulas Bicara

Sejarah

Organisasi

MAIL & SMS SITES

Yahoo !

Hotmail

ICQ Mail

Sms.ac

1rstwap

MAKLUMAT

Al-Azhar

Waktu Solat

Audit Zakat

SPA

Tukaran Wang

Maklumat Egypt

Bicarasufi

Suluk Online

Al-Ahkam Online

Check Bill Telefon

 Want to get your share of the millions generated in online sales every day? LinkShare can help you do it.

 

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir