Make your own free website on Tripod.com

 

   

 

 

 

 

 
       
 

Eksklusif

Pelajar Al-Azhar diseru dapat memantapkan Ilmu sebaik mungkin : Dato` Duta

13 March 2003-Duta Besar Malaysia di Kaherah,TYT Dato` Abu Bakar Daud
menyeru pelajar di Mesir agar mengambil berat tentang peranan dan tangungjawab kita sebagai mahasiswa Al-Azhar dalam menghadapi arus perdana.

"Kita mestilah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terutama sekali didalam penguasaan bahasa kita dan mempelajari bahasa-bahasa lain ketika kita masih lagi balajar, bukan setakat bahasa arab sahaja bahkan bahasa inggeris dan 
mempelajari bahasa perancis atau lain-lain bahasa dunia, kerana melalui bahasa kita akan mendapat kemajuan dan menyampaikan mesej dakwah yang diperingkat antarabangsa dan bagi mereka yang berkebolehan dalam mengunakan pelbagai bahasa terutama bahasa asing amat berharga apabila kita pulang ke tanahhair kelak."

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di majlis sambutan hari Asyura dan majlis kesyukuran meraihkan rombongan haji yang telah selamat sampai dari menunaikan haji baru-baru ini, di Kelab UMNO Mesir.

Beliau juga membidas kepada sesetengah mahasiswa dan mahasiswi disini melalui Badan Kebajikan Anak Negeri tertentu yang masih lagi tidak mahu berdaftar dengan pihak kedutaan dengan berbagai-bagai alasan dan juga individu-induvidu yang sering menghasut dan memfinah diantara satu sama lain
dalam pergerakan harian pelajar disini sehingga menjadi mahasiswa yang taasub kepada pertubuhan tertentu sehingga merenggangkan persaudaraan kita sebagai pelajar.

"Sepatutnya sebagai mahasiswa Islam disini bersatu padu atas dasar persaudaraan Islam walaupun berlainan fahaman sekiranya ada berlaku kelemahan dan kesilapan agar dapat membuat teguran yang bijaksana dan berhikmah,kerana pengaruh dalam persatuan sanggup memburuk-burukan antara satu sama lain,"jelasnya.

Beliau juga menyarankan kepada pelajar apabila berlaku sebarang kecemasan keselamatan supaya bersegara pergi ketempat yang selamat melalui Kedutaan Malaysia atau pejabat persatuan masing-masing bagi memudahkan pengurusan kita
bertindak untuk menyelamatkam diri dari sebarang ancaman.

Dikesempatan itu juga,beliau mengucapkan syabas kepada Kelab UMNO Mesir kerana berjaya menjayakan Kursus Perbankan dan Kewangan Islam pada tahun lepas dan merakamkan tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya didalam peperiksaan tersebut,semasa majlis penyampaian sijil kepada peserta yang berjaya.

Beliau juga mengharapkan semoga Kelab UMNO Mesir mempertingkatkan lagi program-program di masa-masa akan datang dengan lebih cemerlang dan gemilang lagi. 






PC2Phone 468 V1

MUKA UTAMA

  EKSKLUSIF

ARKIB

FOUR PAGES

ARTIKEL

ALUMNI

SENARAI KELAB 

MAKLUMBALAS 

NUMRAM

Seulas Bicara

Sejarah

Organisasi

MAIL & SMS SITES

Yahoo !

Hotmail

ICQ Mail

Sms.ac

1rstwap

MAKLUMAT

Al-Azhar

Waktu Solat

Audit Zakat

SPA

Tukaran Wang

Maklumat Egypt

Bicarasufi

Suluk Online

Al-Ahkam Online

Check Bill Telefon

 

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir