Eksklusif
Mendedah yang terbuka : Hariran Jusoh
Kaherah 10 Mac-Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Mesir Hariran Jusoh menyarankan supaya mana-mana Badan Kebajikan Anak-anak Negeri (BKAN) yang masih bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) agar berdaftar dibawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan segera bagi mengelak sebarang kejadian dan tindakan susulan ke semua Menteri-menteri Besar.Beliau mengulas ketika ditemui selepas perjumpaan dengan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir semalam.
"Setakat ini Kerajaan Selangor telah menghalau keluar ahli BKAN Selangor dari rumah negeri yang bernaung dibawah PMRAM."katanya.
Beliau berkata,tidak berguna lagi pelajar Al-Azhar sekarang masih dikongkong dengan pemikiran yang sempit dan dibawah kongkongan PMRAM kerana jelas sekarang PMRAM telah banyak melakukan pembohongan melalui perkataan dan disebarkan melalui ahli-ahlinya di merata tempat terutamanya di Iskandariah mereka selalu memutarbelitkan sesuatu isu-isu dan jelas menunjukkan rentak mereka adalah rentak kader pembangkang di Malaysia.
"antara sebab itu,ramai ahli mereka telah menyertai Kelab UMNO Mesir untuk mengelak pembohongan dan tipu muslihat untuk mempertahankan ketuanan PMRAM dan
merekalah yang mendedahkan perkara tersebut."jelasnya lagi.
Tindakan Kerajaan Negeri Selangor tersebut merupakan tindakan yang drastik dan amat sesuai sekarang kerana kita tidak mahu melihat pelajar Al-Azhar masih berada didalam keadaan pemikiran jumud dan membawa balik pemikiran yang lebih "kekampungan" terutamanya kita lihat disini adalah pelajar perempuan."katanya.
Kelab UMNO Mesir juga masih tidak berpuashati dengan tindakan sesetengah BKAN yang sanggup berbohong dengan Menteri Besar mereka sewaktu Menteri Besar berkunjung kesini untuk berdaftar di bawah Kedutaan Malaysia di Kaherah."tegasnya lagi.
Sementara itu,Salah seorang ahli Kelab UMNO Mesir yang enggan dikenali berkata,dia pernah dipaksa menurunkan gambar pemimpin-pemimpin PAS yang ditampal di rumah negeri.Ketika mana kedatangan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk melihat baikpulih rumah negeri.
Kelab UMNO Mesir juga difahamkan ada sesetengah BKAN sanggup memberi wang peruntukan kepada PMRAM demi mempertahankan kekuatan ekonomi PMRAM untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai kader PAS.
Kelab UMNO Mesir difahamkan lagi bahawa setiap rumah negeri BKAN menampal gambar-gambar pemimpin PAS dan lambang parti PAS dan juga telah berlaku disetengah kediaman pelajar-palajar di
Mesir.
|