Eksklusif

Kesal Dengan Tindakan Pelajar Perempuan Di Iskandariah : Pemangku Pengerusi

Naib Pengerusi (II) Kelab UMNO Mesir melahirkan rasa dukacita dan kesal dengan tindakan pelajar perempuan di Iskandariah diatas kes-kes yang dilaporkan oleh ahli Kelab UMNO Mesir di Iskandariah dengan didikan PMRAM yang begitu keterlaluan dalam menghasut dan memfitnah ahli-ahli Kelab UMNO di Iskandariah seperti mengadakan sekatan daripada menghalang ahli DPMI untuk menghadiri Majlis Hari Raya Korban anjuran Jabatan Penuntut Malaysia,memfitnah dan menghasut ahli-ahli Kelab serta memburuk-burukan ahli Kelab UMNO Mesir lebih dari Zionis melalui lisan ke lisan ahli-ahlinya.

Beliau mengulas semasa dihubungi mengenai kes yang dikatakan ahli Kelab UMNO Mesir 'menyerang' dan 'menyerbu' Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) sebagaimana yang dilaporkan oleh ahli PMRAM menerusi webreformis.net dan diforwardkan kedalam email pelajar-pelajar disini.

"Sebenarnya kejadian di Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) adalah suatu perkara biasa saja, ahli Kelab UMNO Mesir pergi dengan cara elok bagi membatalkan tandatangan seorang ahli Kelab UMNO Mesir yang dipaksa oleh DPMI untuk tandatangan dalam memberi sokongan PMRAM agar berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir, kenapa mereka menuduh ahli kita 'samseng' ini kira ikut trend pembangkang di Malaysia agaknya,mereka sering tuduh kami main politik kerana kelab politik, cuba mereka faham betul-betul perkataan United Malays National Organisation " katanya.

"Masalahnya mereka kenalpasti ahli-ahli Kelab UMNO Mesir tetapi kenapa memaksa untuk menandatangan sokongan tersebut sedang dalam perakuannya mengatakan mana-mana ahli PMRAM yang mengikuti persatuan atau kelab secara automatik dilucutkan keahlian PMRAM."jelasnya.

"ini adalah amaran kepada DPMI sekiranya masih mengganggu ahli-ahli Kelab UMNO Mesir dengan hasutan dan fitnah di Iskandariah kami akan melaporkan dari masa ke semasa ke pihak atasan kerana pihak kami telah lama berdiam diri dan bersabar ini adalah demi kesejahteraan masyarakat Islam."katanya dengan tegas.

"Demikian juga telah diluahkan oleh salah ahli Kelab UMNO di Iskandariah ketika ditemui melahirkan rasa kesal juga dengan didikan PMRAM yang mana sanggup makan nasi dua periuk berasingan walaupun tinggal serumah dengan sebab beras dibeli dari koperasi Kelab UMNO di Iskandariah tidak dimakan oleh ahli PMRAM dan terpaksa mereka memasak beras yang dibeli dari DPMI.Seolah-olah perkara ini seperti berlaku di Malaysia perbezaan politik.Mereka menganggap beras tersebut lebih jijik dari perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Begitulah antara kisah benar yang telah berlaku keatasnya.Ini jelas menunjukan betapa sempitnya fikiran pelajar perempuan yang berada di Iskandariah dengan sebab berbeza fahaman dan fikrah".jelasnya lagi. 

MUKA UTAMA

EKSKLUSIF

BERITA KELAB

SEJARAH NUMRAM

ORGANISASI

ALBUM AKTIVITI

SEULAS BICARA

CORETAN 

IKLANEKA

MAKLUMBALAS

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir