Eksklusif

Pelajar Malaysia di Mesir mesti progresif.
Matruh 9 Mac-Timbalan Menteri Penerangan Malaysia Datuk Zainuddin Maidin menyeru pelajar-pelajar Malaysia di Mesir supaya belajar untuk menjadi orang yang progresif.
Dalam ucapannya kepada pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ke Matruh dan Siwa,Mesir baru-baru ini. 


Beliau berkata,tidak ada gunanya kalau kita datang dari kampung dan balik ke tanahair berfikiran lebih kekampungan.
Negara Mesir adalah negara yang mempunyai tamadun yang tua dan kita harus membaca bahan-bahan yang lain untuk memahami mereka dan tidak sekadar baca buku-buku agama di Universiti sahaja,laman-laman web akhbar-akhbar Malaysia juga boleh dilayari disini.
Kita juga harus membaca buku-buku mengenai sosial,budaya dan ekonomi arab.Ini boleh didapati dari akhbar-akhbar disini dan sebagainya.


Kita mesti bergaul dengan orang Arab tempatan untuk mengetahui pemikiran dan sikap mereka.Dengan itu kita akan dapat mentafsir secara lebih luas Quran dan Hadith dari aspek kemanusiaan sejagat dan tidak hanya dari aspek Melayu atau Kelantan dan Terengganu sahaja.
Jika kita memisahkan diri dengan orang arab, kita tidak akan menyesuaikan diri dengan masyarakat majmuk di Malaysia.Jika kita bergaul dengan bangsa lain disini "katanya.
Inilah yang menyebabkan kita dipandang hina sebagai pemimpin Islam di negara kita.
Kita tidak dapat mentafsirkan Islam dengan kehendak semasa tetapi dari pemikiran yang terasing dari aliran perdana.
Seseorang yang benar-benar beriman dan terpelajar tidak akan takut untuk bergaul dengan sesiapapun dan membaca apapun.
Datuk Zainuddin menyelar golongan yang tidak membenarkan pelajar wanita bergaul dengan orang arab sebagai orang yang sentiasa mempunyai prasangka buruk terhadap manusia. "Inilah sebenarnya orang yang tidak beriman.Mereka lebih takut kepada manusia dari Allah" Katanya.


"Sebagai orang Islam,kita harus melihat dunia dengan keyakinan dan kecintaan dan bukan kebencian dan ketakutan kepada keadaaan sekeliling."Katanya lagi.
Lebih 500 pelajar mengikuti lawatan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas,Jabatan Penuntut Malaysia dan kerjasama Kedutaan Malaysia serta Kelab UMNO Mesir.
Ramai lagi yang meminta untuk menyertai lawatan ini pada saat-saat terakhir, tetapi tidak dapat dilayan kerana pihak penganjur hanya menyediakan 10 buah bas sahaja.Usaha telah diatur oleh Jabatan Hal Ehwal Khas,Jabatan Penuntut Malaysia dan Kelab UMNO Mesir untuk membawa rombongan yang lebih besar.


Turut bersama beliau,Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Malaysia Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir menyatakan rasa gembira di atas semangat bara dan keberanian pelajar-pelajar di sini untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman golongan jumud.
"Mereka lebih terbuka dan lebih berani sekarang,"katanya.



MUKA UTAMA

EKSKLUSIF

BERITA KELAB

SEJARAH NUMRAM

ORGANISASI

ALBUM AKTIVITI

SEULAS BICARA

CORETAN 

IKLANEKA

MAKLUMBALAS

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta TerpeliharaŠ 2002 Kelab UMNO Malaysia Republik Arab Mesir